Wednesday, August 31, 2016

Merdeka 59

Assalamualaikum.

Selamat bercuti semua. Ada yang kerja ke harini?
Sambut merdeka kat mana?

Cerita pasal merdeka, rasanya lama kot aku tak sambut merdeka ni. Tetap lalui 31 Ogos ni, doakan untuk keamanan negara Malaysia kita. Tapi sambutan betol2, kibar bendera, nyanyi lagi 31 ogos ke, join pesta, konsert, apa2 majlis pasal merdeka memang lama tak buat. Last,masa sekolah kot.
Yang last aku ingat dalam form2 sebab ada gambar.
Lepas tu akh tak pasti lah, samada aku joim atau tak.
Sebab..kemungkinan besar time form3,4,5 tu aku tak g sekolah time sambutan. Hahaha.

Tapi kan, akj tak tahu lah mungkin sebab aku je yang dah lama tinggal sekolah, rasa macam semangat nak raikan merdeka tu dah hilang,kurang. Jangan salag faham, sayang dan cinta pada tanah air tetap ada, sentiasa. Tapi semangat meraikan tu.
Mungkin kat U kita tak de program ni secara khusus. Kalau ada pun sape je pergi?baik membuta je kan semua.
Kalau kata wajibbbb ada merit sekali pun, budak mana je yang pedulik, lantak lah. Sebab masing2 dah besar, ada aktiviti masing2.tak sambut merdeka pun, g lepak2 je.

Kalau dulu zaman sekolah, sek rendah terutamanya, memang semangaatt. Suka time sambutan. Sebab tak yah belajar, pastu dapat nyanyi lagu jalur gemilang tu, lagu buruh nelayan dan juga petani.. haha. 2 lagu tu memang besttt, tak de tandingan. Lagu2 untuk merdeka yang kuar sekarang, tak kuat soul patriotik tu. Kalau yang sedap di dengar pun sehati sejiwa tu. Tak tahu, mungkin dulu zaman kita kecik, fikiran kita nerd bersih, ikut je apa orang kata, cikgu cerita pasal sejarah merdeka, kena buat itu ini, kita semangat buat.  Bila dah besar, kita banyak belajar sendiri, baca sendiri, banyak tahu benda2 yang lebih besar isunya. Tak kata sejarah merdeka ada penipuan, tidak, aku salute sangat pada pejuang2 kita. Atuk nenek kita perjuangkan tanah air ni. Moyang aku pun ada terlibat dulu, diceritakan, dia bina kubu time berlawan dengan Jepun, pernah juga pergi kena kerah kerja dengan Jepun. So, bila dapat merdeka memang patut kita syukur banyak2. Thanks pada yang bermandi darah, peluh, nyawa semua tu nak bebaskan tanah air ni. Aku suka gak tengok citer patriotik, Leftenan Adnan, bukit kepong, Embun.

But, now...ntah lah. Rasanya banyak campur tangan dalam politik. Aku fed up dengan benda tu sebenarnya. Segalanya di politikkan. Tak kira mana parti pun, sama je. Muak rasa. Ramai yang tak bersatu hati. Sebab lain politik, yang sana kata pada siji. Yang sini hentam sana. Bukak tv, paper cerita sengketa politik yang tak ada sudahnya. Rasa macam, why laaaa Malaysia ni gini. Huhu. Tapi tetaplaah, aku sayang Malaysia. Dan doakan moga negara ini sentiasa berkembang maju,  pesat tanpa meninggalkan agama iaitu Islam. Dan lebih penting moga lebih bertamadunn, berakhlak baik2 semua rakyat ni. Kita lah, dan aku juga. Merdeka kan dari mafsu, syaitan dan perkara yang tak baik. Sama2  jadi lebih baik.


11 tahunn yang lampaui. Haha.kena pakai baju kurung dan baju melayu warna merah time sambutan ni. Nasib baik baju aku banyak merah. Meriah dulu zaman sekolah, hias2 kelas semua tu. Tampal gambar bendera.




Suka sekali sambut merdeka. Suka sebab tak yah belajar, pastu dapat masuk dewan tengok persembahan dan jumpa crushh banyak kalii. Chissss.. haha

.
.
.

Pssstt..malam tadi aku mimpi. Aku ada laki, tapi macam mat salleh. Hahahaa.. mat salleh mana la yang nak tu kan. Tak pasti la sebab tak berapa jelas. Tapi aku tenang je tengok dia, dia solat, buat baik. Macam pernah tgk and kenal laki tu. Tp aku xingat. Samada laki ak jmpa real life ni or artissss dlm drama,movie. Haha. TAPI├Čiiiiiiii.......!!!!!!yang kacau sikit bila aku rasaa la aku cam jadi bini no2 dia je. Kah2. Sebab ada sorang prmpuan tu selalu dgn aku, cam bini no1 dia. Tp baikkk sgt wehh ppuan tu. Haha.. mimpi sekadar mimpi jela. Kadang2 mimpi aku ni menjadi, tapi bukan mcm sebijik dlm mmpi tu, tp dia twist sikit. Contoh aritu ak mimpi member aku si C pakai purdah. Esoknyaa, si C ni whatsapp kata dia jmpa member kelas aku yang lain si M pakai purdahh. Nampak?? Story tu ada, sama. Tapi dia twist sikit gitu. 

No comments:

Hati Kita

Ikhlas tu payah nak sembang. Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?  Entah lah. Selalu...aku takut dengan setiap kata2, n...