Thursday, July 28, 2016

Ramen Samyang Super Spicy (RSSS)

Kecoh pulak sekarang kan orang duk berchallenge pasal ramen korea tu.
Pedas nak mam**s katanyaaa. Budak-budak ni siap buat video bagai la masa tengah makan tu. Ada yang keluar air hidung, air mata. Pedasss sangat-sangat lah tu.

Maka aku insan yang suka makan pedas ni ofkos lah teruja nak try kan.
Nak rasa sikit ah pedas tahap mana tu. Meleleh air mata tak.
Sebab aku memang gila spicy food lah. Cili padi boleh je gigit-gigit manja.
Buat meggi, nasi goreng mee goreng ke konfem letak cili padi.
Apa-apa aku masak mesi nak pedas. Tapi kalau masak untuk family terpaksa lah ikut piawai yang telah disediakan bonda. Hahaha.

"jangan pedas sangat, ingat orang tua nak makan"
"Letak lado atas darat lah kekgih, jangan campur sekali"

hahaha..pesanan biasa lah tu.
Kalau masak lemak cili padi ke, tak blender cili padi sekali.
Tapi letak sebijik-sebijik cili tu.
Tapi kalau aku buat, aku blend je sikit lada, and ketuk-ketuk lada tu.
Apa kes kan buat masak lemak cili padi tak pedas???
Tapi ni style terengganu, kelantan..biasa la.
Cek mek molek, cik manis-manis semua. Tak makan pedas.
Terkecuali aku la kot, tak berapa manis sebab tak suka manis, suka pedas. wawaaaaaa(Trademark Dato' Red ni..kahkah).

Ok, back to Ramen Samyang ni.
Aku beli yang 5 in 1 tu. Sebungkus ada 5 paket.
Alang-alang beli tak main la beli 1 atau dua je.
Aku beli dekat shoppee.my. rm30. Hahahaa..giler mahal.
Kalau 1 paket je around rm7.(Ni dapat beli 6 paket mee meggi Malaysia kot).
Demi cintaku pada kepedasan, pejam mata je bayorrr.
Beli bulan puasa haritu, kebetulan dapat untung niaga kan.
(IKLAN: Sape nak beli baju kurung, jubah, tudung, nak makanan coklat, sambal hitam boleh PM k.. hihii).


Ini rupanya..bungkusan besar, ada 5 paket dalam ni.


Ni paket kecik dalam tu. Halal k. jangan kata makan benda haram pulak. Ok, kalau nak debate isu halal haram ni panjang pulak kan, pergilah cari artikel, baca. And buat keputusan sendiri. Yakini sendiri macam mana. Kalau yakin,silakan. Tak yakin jangan. Aku yakin, aku makan. Ada benda jugak yang aku tak yakin aku tak beli. tapi ada yang yakin dia beli. No hal.


My review bila makan ramen ni?? Dah 3x makan.
2x buat macam biasa, rendam ramen tu, then gaul2 dengan paste.
And latest aku masak letak telur,sosej. Tapi still buat style kering.
Ramen ni buat macam mee goreng tu. Bukan sup berkuah.


Makan sambil tengok running man or korean drama memang bestt lah. Feeling2 duk korea gituuwww.

OK. Rasanya??Tahap Kepedasan??
Ya, memang rasa pedas. Bila start kunyah tu memang rasa la kepedasannya. 
TAPI bagi aku yang suka pedas ni, rasanya JUST NICE for me. Tak keluar air mata, air hidung pun. Rasa pedas tuu, tapi bukan tahap kritikal lagi bagi aku.
Mungkin pada orang yang tak tahan pedas memang meleleh lah.
Adik aku rasa 2 suap pun berdesit jugak dia.
For me..OK.SEDAP, tahap kepedasan dia sesuai dengan aku. Pedas yang aku suka. Kalau dapat pedas lagi pun boleh tahan lagi kot. Hahaha.

So, korang yang suka pedasss WAJIBBB try lah. Untuk kita test skala kepedasan kita tu. K bye. 

Ada sape nak bagi aku review makanan pape??Boleh PM k..hehee

No comments:

Hati Kita

Ikhlas tu payah nak sembang. Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?  Entah lah. Selalu...aku takut dengan setiap kata2, n...