Saturday, October 17, 2015

Misi pendakian dan misteri di sebaliknya....

Semalam join cikgu2 kat tempat praktikal aku, PDK mendaki....hebat bunyi.. mendaki gunung mana tu??
Kalau gunung sekarang ni belum tentu aku sampai. Haha.. naik bukit je kot. Naik ok, tak payah nak buat ayat hebat sangat mendaki, menjelajah la apa. Haha...
Aku and geng PDK naik Bukit Keluang. Which is satu tempat famous jugak di besut ni, Pantai Bukit Keluang tempat picnic, jalan2.. time cuti konfem bersusun manusia ntah dari mana datangnya. Dan tarikannya jugak Bukit tu. Bukit Keluang.
Tak lah tinggi sangat. Bagi yang biasa, kaki hiking just a piece of cake je tu.. standard orang yang selalu naik 45 minit naik dan turun. Tapi bagi aku yang standard overdose ni 2 jam lah.. termasuk selfie lepas dapat bernafas..haha..

Actually untuk bukit keluang ni, ini kali ke2 aku naik. 1st dulu sekolah rendah, hahah.. walaupun bukit ni dekat sangat lah nga rumah aku. Tapi tiap minggu ulang pergi pantai je, beli sosej pulut, aiskrim pulut sambil posing..itu jelah kerjanya.
Dah lama sebenarnya aku tinggal aktviti yang menguji stamina ni. Aku suka benda macam ni, advanture. Paling aku suka junggle tracking. Aku suka berjalan, tengok alam. Tak kisah nak berjalan masuk semak belukar mana pun.
Naik bukit pun suka. Tapi masalahnya ialah stamina!!! Tak ada benda ni. Sebab tak buat secara regular.
Macam zaman sekolah dulu selalu join perkhemahan, naik la bukit, masuk hutan semua.. and biasala zaman sekolah gaya hidup kita aktif sikit, umur pun muda jugak.
But now...makin slow. Ni dari bulan 5 aku relax je duk rumah tak buat apa2. Cuti sem campur dengan praktikal. Xguna mana otot, anggota tubuh ni.
Resultnya... naik tadi... masyaAllah.. Allahuakbar..

Meh nak stroy2.
Sampai kat kaki bukit jam8 pagi.
Ok, dia ada banyak laluan untuk naik tu and turun tu.
Ada laluan yang guna tangga untuk permulaan, ni dekat area pantai.
Then ada lalua  guna track, tapi kena berjalan jauh sikit la nak pergi tu.. and ada lagi dekat hujung muara sungai tu.
Aku naik ikut track, kat dataran yang kebanyakan orang naik lah, and turun ikut laluan dekat pantai. So park kereta dekat tempat yang korang nak turun, jadi x payah berjalan pulak nanti nak pergi ambik kenderaan.



Berjalan ke kaki bukit untuk pendakian..haha..ni kira panaskan badan la..  nampak sejenis donut warna purple tu? Gile gemukkk rasa skrang..haha.. time berjalan kemain duk depan sekali, no hal..laju berjalan.. sampai bab mendaki...hoiiihhh...cam kura2,tapi sampai jugak la sebab kura2 bersemangat dan tidak putus asa kan.. 


Ni kaki bukit yant akan kami start naiki tu. Segan ak nak guna perkataan mendaki.. haha... sebab rasa bukan tinggi mana pun..


Ok..startooo!!! Time ni ok lagi.. baru 3 langkah..haha

Sampai dalam 10 langkah, dah start rasa mengah gila.. sebab aku bermula laju jugak.. Allah, semput. Berheti kejap, tapi tengok orang lain still ok aku teruskan jugak. Walaupun suami kepada kak Ti ( kat Ti cikgu pdk..suami dia jadi macam ketua kami lah) dah pesan jangan ikut orang. Kalau letih berhenti dulu, jangan paksa. Tapi tak dengar kata. Teruskan.. sampai 5 langkah lepas tu memang tak boleh. Rasa berpusing, mata di keliling bintang2 hati.. kalau lenguh letih kaki peha aku x kesah. Boleh berhenti kejap and naik lagi. Tapi kalau berpusing, pening, nak muntah tu yang bahaya.. kena duduk kejap, and minum air. Jangan duduk terus, berhenri tu..berdiri dulu jap..baru duduk. Bagi hilang pening2 tu.. mungkin lama sikit..huhu,. Pastu teruskan pulak perjalanan. Ada la 2,3 x pulak duk berhenti2 sebab pening dan macam nak pitam. Memang kena kerap berhenti. Its all about stamina la...

Tapi usaha tetap diteruskan..untuk sampai ke puncak. Never2 give up. Aku memang gini.. kalau aku nak aku kena buat n terus jugak.. tak boleh separuh2. Nak2 kalau dalam perkara yang aku minat.




Ni ihsan gambar dari suami kak T, baru nampak macam ni rupanya dalam tu. Masa dalam tu memang tak sempat nak pandang kiri kanan.. fokus ke diri, bagi semangat kat diri sendiri je. Tapi bila dah sampai puncak baru lah dapat hayati and time turun pun dah calm and sempat snp2 pokok, bunga segala..





Cantik kann.. ni sikit lagi nak sampai pukcak.. berhenti ambik gambar nak bagi nampak permandangan laut tu.. cantik sangat2.. subhanallah.. berbaloi la semput tu





Yea..dah sampai ke puncak. Aa wakaf tempat berehat2. Kat sini duduk lah rehat lama2 sikit.. minum air, makan roti..aku makan satu cebis je.huhu...




Perjalanan turun. Agak licin dengan batu yang mudah menggelosor. See.. donut purple tu..haha.. peduli apa aku, kalau rasa maca, tinggi and licin aku duduk je.. mengensot turun. Yang penting aku turun.


Sempat la snap sikit2 kawasan atas tu.. ada pokok2 bunga, tanaman herba segala. Cantik


Alhamdulillah... sampai jugak. Naik belah sana turun belah sini. Park kereta kwasan ni.. turun boleh bali terus. Syukur2.. selamat dan Allah bagi pengalaman. InsyaAllah mungkin next week aku naik lagi la kot.. tengok keadaan. Sebab bawak budak2.. so, ada jugak budak yang tak naik. Mungkin ak kena jaga budak and makanan. Ada cikgu sorang dua lagi yang tak akan naik sebab mengandung.. hehe..


Oo....baca tajuk ada yang misteri.. so apa yang misteri?? Hehe.. sorry2. Kisah misteri ni ntah la sahih ke tak.. ni mak aku cerita, cerita daripada datuk nenek moyang dulu..haha.. orang2 tua dulu la bercerita. Bukit Keluang ni dulu ada di diami oleh puteri. Saudara puteri gunung ledang kot.. orang zaman dulu, time nak buat kenduri nak guna banyak pinggan mangkuk kan. So dorang akan datang kat bukit ni and mintak pinjam kat puteri. Mintak kat bawah je,, xyah naik. Cakap nak pinjam sekian2. Esok tu datang balik and tengok ada la pinggan mangkuk tu kat bawah. Ambik la.. then selesai majlis pergi letak bawak bukit tu balik dan ucaplah terima kasih tu ya..
Tapi lama2 lepas tu dah tak ada dah puteri..khidmat peminjaman pinggan makan pun xde dah sebab dikhabarkan puteri merajuk, sebab orang pinjam ada yang tak hantar, ada yang pecah.. so dia merajuk and lari ntah kemana. Huhuhu... kalau tak sekarang senang je nak buat kenduri..xpayah beli pinggan makan..pinjam nga puteri je.. huh.
Wallahualam.. kisahnya benar atau tidak.. mitos atau fakta.
Tapi orang2 tua dulu memang percaya la benda2 gini, kalau aku tanya tok nenek aku dorang iyakan je.. sebab benda ni ada dia kata.. bunian boleh jadi.. wallahualam.
Sekian..1


Sunday, October 11, 2015

Bukan menghina





Aku baca satu isu kat blog kak d (Diana Ishak). Tentang isu yang di viralkan jugak pasal orang up status kata seseorang tu menghina akak yang jual nasi lemak. Boleh baca status dalam gambar atas ni. Aku pun bukan nak komen kata salah sapa or siapa yang betul. Sebabnya kita tak berada di tempat itu and tak tau situasinya. Aku tak nak ulas siapa yang elok atau yang tak. Secara peribadi, aku sokong and setujulah dengan ulasan dari kak d.. boleh baca ulasan2 beliau kat blog..---> http://www.dianaishak.com/2015/10/shallow.html
Aku suka how kak D bagi pandangan pasal kita ni balik2 tengok kebendann jugak, semua duk ukur kekayaan tengok kereta, tengok harta benda yang kita nampak secara zahir. Last2 memang pusing2 sama jelah semua. Dia kata kita, kita kata dia. Aku menulis ni pun moga dijauhkan dari sifat tu.

Ok, kalau baca status tu segala apa yang tersirat dalam hati si penulis status mahupun akak yang nasihat anak dia tu wallahualam lah. Yang itu aku tak nak komen. Tapi aku tertarik nak story2 pasal kata kata akak tu yang dia kata kat anak dia "kalau tak belajar betul2 nanti kena jual nasi lemak malam-malam". Niat akak tu cakap macam tu aku x pasti, tapi macam blogger kak d cakap aku pun rasa dia bukan nak menghina akak jual nasi lemak tapi just nak bagi nasihat untuk anak dia. Kalau dia jenis yang berlagak dan menghina konfem dia x beli nasi lemak kat situ. Mesti pergi restaurant mewah, hotel ke apa kan. My 2 cent.

Just..kata2 itu memang sentiasa, seringkali kita guna. Dan kita digunakan. Samada kita nak cakap kat orang lain adik, anak ke kawan ke sape.. atau orang bagi ayat tu kat kita. Biasa mak ayah or cikgu lah. Tipu lah kalau tak pernah. Masa kecik2 dulu mak selalu je cakap belajar elok2 kalau tak lulus exam nak jadi apa, cleaner?.. adakah mak2 kita menghina cleaner. Mak aku dulu pernah nasihat jugak, belajar selagi mampu and buat yang terbaik, dapat kerja pegang duit sendiri..nak beli apa2 senang. Xpayah menyusahkan suami. Kalau tak jadi surirumah macam mak ni lah. Itu mak aku guna contoh diri sendiri siap. So dia hina diri sendiri ke? No laaa..itu semua as semangat untuk kita. Kalau pergi mana2 tengok anak muda yang kerj keras kutip2 sampah ke..kepenatan berpanas.. ayat mak aku lebih kurang jugak cakap, Allah kesiannya..tu tengok lah. Kalau tak nak jadi gitu blaja la betul2. Tapi xpe lah dia tu rajin cari rezeki, kita ni kalau blaja pun x pandai..nak kerja gitu pun malas..pastu nak jadi apa. Itu bila kita berbalik kepada qada' dan qadar Allah dan redha dengan apa adanya yang Allah bagi kat kita. Mak2 kita or cikgu kita cakap macam tu aku gerenti bukan dia nak menghina orang yang dia jadikan contoh tu, tapi dia cakap tu untuk kita only. Hanya pedoman untuk kita. Yes betol, mungkin macam yang akak tu kata akak jual nasi lemak tu ada alphard, dah kaya raya. Mungkin dia just minat nak jual nasi lemak, tambah pendapatan. No hal, no offense pun. Tapi akak pakai perdana yang cakap tu just cakap untuk anak dia, dia x tahu and x peduli pun pasal life akak tu sebab tujuan utama dia nak bagi kesedaran untuk anak dia. Itu yang kita kena faham. Kecuali kalau dia cakap kuat2, akak jual nasi lemak tu dengar and terasa ke.. itu mungkin betul kes menghina. Tapi kalau dia just fokus untuk anak dia, kita just anggap itu nasihat. Mungkin akak yang up status ni pun jelas hal itu, tapi dia up status mungkin untuk kesederan pada kita jangan menghina orang sebab kita tak tahu life orang kan. Xpelah, kita tengok dari sisi positif sahaja antara semua pihak ni.

Teringat sebenarnya zaman sekolah dulu. Ada sorang cikgu tu, cikgu sejarah. Ajar aku untuk form4 n 5. Ingat sampai sekarang kata kata dia. Dia style yang relax2, slumber, ayat pedas sikit. Dia kata "awak ni nanti x lulus spm, xleh g kemana..duduk lah rumah tunggu orang pinang. Kawen duk kg, ngandung..anak berderet, telanjang n berhingus. Pagi2 tunggu ikan sambil kelek/gendong anak. Pakai la kaim batik,baju usang. Pegi dapur singgang ikan. Tengok kawan berjaya naik kete bmw, baju comey2, ada bibik.... " itulah kata2 gertakan kat kitaorg dulu tiap kali kelas dia. Bukan meghina life mcm tu, sebab mak cikgu tu, mak kita pun camtu kat kg. Tp dia tunjuk realiti yang sememangnya pahit untuk kita sbenarnya sebab smua nak hidup senang kalau boleh, And its work sebenarnya. Kawan aku ketakutan tak mahu life dia jadi macam tu. Belajar la kitaorang ni bersungguh2. Yes kita tak tahu, memang kita blaja sampai universiti..tapi belum tentu berjaya,kerja. But at least pendidikan tu. Duk rumah jadi surirumah pun xpe asal ada pendidikan. Pilihan semua kat kita. Tapi y utama Allah lah, sebab Dia sebaik perancangan. Tapi jangan lupa dia suruh kita berusaha. Selebihnya terserah pada Dia.

Benda yang aku nak hilite kat sini pun pasal ayat tu je. Ayat semangat tu. Sebab meamang ayat tu kita guna selalu. Kita ni manusia memang kalau boleh tak nak susah. So, kita bagi gambaran susah tu so that semua bangun nak berjaya sebab takut hidup susah termasuklah aku.

Tapi kannn, kenapa ya untuk kesusahan, keseksaan akhirat, api neraka yang selalu kita didengarkan sejak kecik jugak kita relax je?? Tak bangun laju2 pun nak kejar Allah? Adakah sebab gambaran tu tak nampak..tapi hanya didengarkan? Tapi itu cerita al quran..yang pasti yang wajib yang sahih.. kenapa lah manusia... aku lah jugak termasuk dalam manusia tu. Allahurabbi.

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...