Thursday, July 2, 2015

#Cabaran20Hari: Pengalaman Manis Di Bulan Puasa

Nak cerita pengalaman manis bulan puasa tu, segalanya manis lah kot.
Bila masuk bulan ramadhan tu, diberi umur panjang, kesihatan yang baik syukur alhamdulillah..
Bila datang bulan Ramadhan ni banyak perkara best, manis dan seronok untuk kita buat. Yang tak ada pada bulan lain.

1- Sahur
Bulan lain tak ada sahur. Eh tak, bukan bulan lain, bulan lain kalau kita puasa pun sahur jugak. Tapi ramadhan ni special sebab dapat sahur ramai-ramai. Tengok ragam macam2 nk blh ke bangun sahur. Tak tahu nak cakap, tapi sahur ni aku suka. Masuk dalam kenangan manis jugak.

2- Terawih
Okey terawih ni lagi lah. Memang bulan puasa je ada.. kalau ada yang kata solat terawih bulan muharam ke, itu semua sesat. Ramai2 terawih kat masjid. Tak pun buat sorang-sorang. Kekuatan datang sendiri, dengan rahmat bulan ramadhan ni.

Ingat kalau zaman kecik2 dulu, pergi masjid terawih jalan kaki je. Janji nga kawan2, sepupu.. jalan ramai-ramai. kena kejar anjing. Berhampiran rumah aku ni aku rumah china. Selalu la anjing2 menyalak kitaorg lalu. Padahal anjing tu xkejar pun sebab terkurung dalam pagar. tapi feeling dia bila anjing menyalak tu rasa macam dia kejar. Seronok. Zaman sekarang ni jarang and hampir x ada la pulak aku tengok budak2 jalan ramai2 p terawih. Walaupun tak terawih. tapi, my personal pendapat lah. Elok dia pergi. Walau solat terawih x penuh, duk main kat belakang ke. Sebab dia kat rumah Allah. Ada tarbiah di situ. Ada keberkatan, rahmatNya. Biar budak2 rasa seronok kat masjid. Kalau dorang bising pun, jangan marah mengherdik, biarlah dengan cara mendidik agar dorang rasa xgerun dengan masjid.

3- Buat Biskut Raya
Yang ni best jugak!! buat biskut raya... bakar biskut raya. aku tiap2 tahun buat kerja ni dari kecik. 24tahun kot duk membakar biskut raya. haha..Zaman buat dengan mak kecik2 dulu. Tolong bakar, tolong letak hiasan. Pastu partner dengan sepupu buat, sampai pukul 2,3 pagi. Macam2 biskut yang kami karutkn.. reka sendiri.. pandai2 ikut acuan sendiri. Mula2 ikut resepi, lepas tu rasa lembik je.. tambah gandum lagi.. keras pulak, then tambah marjerin. hohoho.. tapi menjadik lah bila bakar tu. Sedap je.. Walaupun tekstur x sama macam yang profesianal. Then lepas tu, aku start independent. Buat sorang2. Rasanya dalam umur 13 tahun kot mak aku lepas buat biskut sendiri. Mengadun, membentuk, membakar, menyusun. kakak and adik aku bantu sikit2. Kira macam buat biskut ni dah jadi tugas aku. and i like it. Aku suka memasak, suka duk dapur. Buat biskut,kek segala ni lagi lah suka. Suka tu x smestinya pandai ya. Kadang2 x menjadi, tapi buat jugak. Boleh lah ditelan.. bila buat sebab minat memang best, kita enjoy..
tahun ni...macam malas. tapi...buat jugak lah kot.

Biskut apa ya yang best sekarang ni?? yang senang2 nak buat and sedap...

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...