Wednesday, July 8, 2015

#Cabaran20Hari: Bajet Raya


Untuk bajet.. Bagi aku yang masih dibawah tanggungan ibu bapa ni tak fikir sangat lah.hehe.. Nak apa2 daddy akan bagi duit.. tetiba daddy plak. 
Jadi untuk entry bajet raya ni aku tak pandai lah nak komen untuk membahagikan duit as persiapan raya sebab tak ada gaji, tak ada tanggungan lagi.

yang boleh cerita, tiap2 tahun ayah aku bagi bajet raya untuk kami adik beradik yang belajar lagi ni, dalam rm200-300 seorang. Ni tak termasuk baju raya. Baju raya sebelum puasa dah tempah. Bajet ni akan diberi pada awal bulan puasa. tahun2 lepas dalam rm200, 250.. Tahun ni up Rm300. Kalau kira tak banyak pun nak beli. Baju dah tempah, bajet asing, bahagian2 rumah semua mak ayah sediakan. Yang rm300 ni untuk diri sendiri. Kebiasaannya duit tu buat beli beg, kasut raya, tudung, alat solek...haha.. macam budak2. Biasalah.. Banyak habis bahagian tudung dan kelengkapan diri macam bedak, pencuci muka, pin2 tudung semua tu..dan sandal. Kalau rasa nak jimat xperlu beli pun sandal, selipar, kasut dan handbag tu. Tapi tudung wajib lah beli 2,3 helai.. habis lebih kurang rm100 kat situ. Yang lain2 tu beli powder, bb cream segala habis juga rm50++. Selebihnya beli la apa2,buat belanja sendiri. Simpan untuk pergi beraya nanti raya. Nak lepak keluar makan2 or berbuka puasa nga kawan2 ke. Pandai2 lah.. ala...2,3 ratus tu zaman sekarang dapat lah 2,3 barang..huhu..

Apa2 pun kita bersederhana jelah.. Jangn melebehi bajet sampai berhutang.
Kalau rasa mampu, beli.
Sebab bagi aku konsep mampu ni flexible, subjektif brgantung pada invidu tu.
Mampu bagi mereka yang bergaji 1k, ialah beli baju rm20 sorang.
Klau bergaji rm500? Mampu beli pakaian raya 2 tahun sekali. Mungkin.
Kalau yang bergaji 20k sebulan?? Mungkin bagi dorang pakaian bernilai 1k tu xde apa.
Kita xboleh nak specific orang tu membazir ke tak.. Dia beli handbag rm500k no hal sebab gaji dia 2juta sebulan.
Dia pakai bag tu, pergi majlis besar2. Jangan nak kata dia membazir sebab dia mampu.
Kita gaji 2,3 ribu pun beli bag harga 2,3 ratus jugak.
Paling2 murah pun rm60.
Kenapa xbeli je bag rm10,xpun kat kedai rm2 tu ke..?
Apa kelas kn kita pegawai nk pakai bag rm10??..
Ni apehal tersasul mmbebel citer ni plak. Haha..
Kesimpulannya, bajet ikut kemampuan duit kita!

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...