Friday, January 9, 2015

Lanchang,Pahang

sambung cerita untuk Orang Asli kat Lanchang,Pahang. Orang Asli Che Wong dari suku Senoi. Bertolak pergi 28/11 malam..hingga 1/12..


let's go!!


sampai dalam pukul4.30pagi tak silapnya.. berhenti di RnR.. bersiap,mandi,solat.. muka pagi2 fresh yang teramat lagi.. tengok la nanti petang,lepas masuk hutan camaner..huk3

kami dekat kampung orang Asli ni sehari sahaja..tapi sangat lah mencabar dan meletihkan sebab kena masuk hutan tu dalam beberapa KM.. setengah jam jugak berjalan..huh


kami tinggal dekat asrama kali ni. ni asrama sekolah biasa la..bukan sekolah orang Asli. tumpang tidur ke kat sini. dan asrama ni banyak kenangan.. hahaha.. banyak "misteri".. tak apelah, pengalaman..


sekolah ni atas bukit..


here...kat kg orang Asli tu. dalam 15 minit dari Asrama sekolah yang kitaorang tinggal tu. 






terjah dewan kebudayaan diaorang dulu.. still ada baju yang dibuat dari kulit kayu tu and seludang, aksesori. biasa dorang pakai tu masa ada acara, esp masa tarian sewang. Sewang tarian kebudayaan orang Asli yang makin dilupakan sekarang.



kanak2 main sukaneka... kitaorg pun masin sekali.. lama x main bawak bola pingpong dalam sudu.. group aku menangg!!!! 


sampai-sampai arrange untuk sukaneka dulu. ikutkan masuk hutan dulu.. tapi sebab masa sampai tu penduduk dan kanak-kanak dah ramai duk berkumpul kita kira teruskan jelah aktivit bersama masyarakat ni. takut nanti masuk hutan dulu, then balik semua letih and penduduk pun tak ada. 

okey,tempat dia kat sini macam ada peringkat-peringkat. kat bawah ni kira kerajaan bawak and bina rumah untuk dorang. macam kat Sg.Pergam tu la. tapi kat sini mungkin boleh dikatakan lagi tak nak kot rumah2 tu.. sampai dorang tetapp masuk hutan,duk sana je.. tak nak pindah.. kat penempatan bawah ni, tak ramai sangat.. and penduduk dia, taklah mesra sangat. mungkin sebab malu.. just ada beberapa yang open sikit..



macam akak ni..opss,adik.. dia muda setahun dari aku. dia okey sebab dia kawen dengan orang sarawak. laki dia jadi guide kitaorang kat sini..bawak masuk hutan tengok penduduk yang masih kat dalam sana tu. nama dia ni Intan. owhh, ada satu nak share pasal orang Asli ni. tak kira la orang Asli mana pun. diaorang ada 2 nama. 1 nama dalam IC dan satu lagi nama panggilan yang memang nama asal dorang la, lahir je..mak ayah dia panggil macam tu. Nama dalam IC memang cantik2, jangan terkejut..nama artis2 semua uollss.. sebabnya dorang ni didaftarkan, mak ayah bukan pandai.. so,JAKOA, jabaan kebajikan yang akan tolong daftarkan.. masa daftar tu ikut sedap jela letak..ambik nama artis. Erra Fazira, Intan Suraya... serius ada.. masa kat Pergam, ada sorang budak nama Intan Dayana tak silap.. tapi panggil ketoq.. oke ;-D


seni bina rumah dia ni,tetap bina dari buluh... dah selesa macam tu. kuat gila rumah ni.. kira la brape ratus kg yang naik tu.. mula2 risau,takut.. berjalan nga hujung kaki je.. xmboh lepas beban sangat..tapi okey je..kuat sangat rumah ni.. kita 6 orang atas ni.. ada dalam 500kg kot..haha.. aku 40kg je..(x2).. 





macam ni la rumah tu...nampak biasa, tp bila masuk ohsemm sangat. teringin nak tidur kat rumah macam ni.. lantai buluh. tapi untuk 1 malam jela.. tak yakin aku boleh tinggal lama2 sini..haha

and..lepas tu..pengembaraan bermula...




ni antara rumah yang kami pergi untuk tingkat pertama..haha.. banyak tingkat ada.. sampai ke pendalaman hutan betul2 kot.. tapi kitaorang naik sampai lapisan kedua je.. tu pun balik flat gila rasa..huhu.. ni rumah mak and ayah Intan.. rumah dia still macam tu, xde dinding tepi..


perjalanan diteruskan...naik level2


sampai-sampai dorang lari...aduii.. baru boleh imagine, lecture ada cakap, yang jenis pendalaman sikit memang tak pandai bergaul,takut,malu.. ada orang luar datang dia lari.. tu budak2 duk panggil, pujuk suruh naik.. dia lari belakang tu..





keadaan rumah and tempat kat atas ni.. cantik sangat. diaorang bercucuk tanam.. banyak tanaman situ.. tak percaya yang tengah duduk dalam hutan ni.. macam kat kampung biasa je rasa


itulah pakcik yang lari tadi..berjaya dipujuk naik... tu pun still nampak takut2.. relax pakcik,makcik..kami datang nak berziarah dan bagi buah tangan je.


air bukit.. boleh diminum begitu sahajaaa... sedappp!!! seriuss,macam air mineral..lebih sedap dari tu.

dah habis semua.. turun balik, dalam keadaan letih teramat..penat berjalan..tapi pengalaman yang tak mampu dibeli dengan duit,.kena rasai sendiri baru tahu. semua pakat rehat,tidur kat dewan sewang tu jap.. makan2.. bahagikan hadiah semua..and balik asrama,rehat.. kul6 kuar p pasar malam.. balik tidur... day2 sambung esok, sebab tu dah tak berkait dengan Orang Asli... pergi jalan2 je sementara nak tunggu balik.. di Deerland and Taman Gajah.. kita tengok binatang je... 


No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...