Friday, January 16, 2015

Dr.Love

Sejak kebelakangan ni aku banyak jadi Dr.Love... untuk kawan2.. and diri sendiri jugak lah..haha. cinta ni kan, macam2 dugaan yang ada. Setiap pasangan tu ada cerita sendiri. By member2 aku sendiri lah, bila dorang luahkan masalah, biasa la kita lepak2..sambil menyembang..tak pun dekat whats up ke..terrkeluar la cerita2 pasal lelaki ni.. ada yang punya masalah yang sama.

1st, sang lelaki tak ada kekuatan lagi nak datang rumah.. ada yang dah call, tapi rumah belum sampai. Tahu kamu memang serious,  nak kat perempuan tu sungguh2, nak kahwin dengan dia.. tapi kenapa tak berani or tak sedia lagi nak datang ya?  Jawapan, banyak yang bagi belum masanya lagi.. so bila masa tu? Apa yang nak sediakan tu? Bukan suruh datang bawak cincin, hantaran 10k ke apa.. just datang je, bawak diri, keberanian, keyakinan yang ada tu..and talk to her parent.. itu sebenarnya dah cukup bagi kami perempuan2 ni.. ke ada sebab lain wahai lelaki2 diluar sana? Kadang2 terpikir jugak, gaya nampak serious,  tp jumpa parent x ready lagi, so? Adakah saja nak main2 ke apa? Hmmm...

2nd, belum ready nak kahwin..duit tak ada. Ok, yang ni faham, banyak yang perlu difikirkan, plan sebelum kahwin.. benda tu bukan main2 kan.. persediaan yang rapi perlu ada.. mental, fizikal, material sekali.. tapi, janganlah tunggu sampai nak perfect semua.. sampai bila2 pun tak akan dapat.. nak tunggu bisnes berkembang maju, nak tunggu habis master, phd, tunggu duit simpanan 100k... then, sampai bila? Seadanya jelah.. bincang elok2.. kalau perempuan and keluarga tu ok, untuk sederhana, terima seadanya..apa yang nak ditunggu lagi.. langsungkan, mudahkan.. rezeki, keberkatan lepas kahwin., kekayaan nak kejar pn boleh lepas tu...kejar sama2, dengan yang halal lagi berkat, pahala berganda..  aku tak tahu la perempuan lain, kalau aku sendiri..yes, I'm tend to be perfectionist jugak la dulu..nak semuanya lengkap sebelum kita bersama.. tapi, lama2 tukar sikit niat tu, sebab tanya pada diri sendiri..untuk apa nak perfect tu? Nak kerja 2,3tahun..kumpul duit banyak2 dulu sebab nak majlis kahwin grand, pakai baju 3,4 persalinan, tema ala garden segala.. tangguh benda baik sebab tu, alangkah ruginya kan.. just make it simple.. sederhana, meriah dan berkat.. I hope sooo la untuk diri sendiri nanti, kawan2 dan keluarga.. amin..

3rd, penantian... hmmm.. penantian itu satu penyiksaan.. tak semua orang boleh sabar dengan menanti.. even yang sabar pun, ada limitnya.. jangan biarkan wanita rasa digantung tak bertali..tanpa kepastian. Bagitahu je perkara yang benar.. jangan sorokkan masalah yang ada.. ada apa2 bagitahu. Plan betul2 hubungan tu.. ke mana nak bawak.. kadang2 perempuan ni, memang..dia perlu diingatkan berulang kali.. lelaki mungkin sekali je dah ok.. tapi perempuan tak boleh..dia kena selalu diyakinkan.. berbulan2 x contact, siapa yang boleh pegang hati tu  untuk bertahan? Sebab rasa insecure tu sentiasa ada.. nak2 hubungan jarak jauh.. bukan tak percaya, tapi keadaan sekeliling yang membuatkan rasa ragu2 tu.. bukan ragu kepada lelaki, tp keadaan sekeliling yang kita tak mampu nak jangka apa yang akan jadi.. so, ingatla sikit ya.. jagalah hati dia sebaiknya, dia mungkin sabar dengan awak sekarang, setia menanti..tapi kalau lama2 sangat, risau.. banyak benda boleh berlaku... hope yang terbaik dariNya..

As a conclusion,  kita mengharapkam hubungan yang betul, yang Allah redha.. sedaya upaya cubalah kan, meraih redha Dia.. bawak hubungan tu kearah yang Allah suka..dan menjadikannya sebagai yang halal.. doa, minta petunjuk dariNya. moga Allah bagi yang terbaik, sesungguhnya Dia maha mengetahui. Moga Dia hadirkan insan yang tepat, yang pertama itu moga selamanya hingga ke syurga.. datang pada waktu yang tepat, disatukan pada waktunya..dengan restu semua, dan restu Allah terutamanya. Yakinlah padaNya..Dia tahu apa yang terbaik. He's the best planner..doa..doa..doa.. aku percaya pada kuasa doa.. ! Amin.. pesanan untuk kawan2 yang dibelenggu masalah ni and diri sendiri terutamanya jugak. Allah..aku mengharapkan yang terbaik dariMu.. apa yang aku sukai, redhai... kau redha lah keatas kami jua.. kuatkan hati kami..sayang, cinta, rindu keranaMu, dengan izinMu, kerana Engkau yang memegang, memiliki hati kami... amin..amin..amin..

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...