Monday, June 23, 2014

dia anak syurga

kecoh rasanya pasal anak istimewa yang dikatakan dikurung, tak diberi makan oleh ibunya sampai tinggal kerangka tu.

First, kita cuba untuk berbaik sangka. yelah kan seorang ibu takkan x sayangkan anak. itu fitrah,lumrah dan normal. yang jadi kes buang anak, dera anak, bunuh anak, rogol anak, tu semua di luar tabi'e sebagai manusia, lari dari fitrah. tak tahu lah nak menggelarkan mereka ni apa. tapi bila tengok keadaan adik Firdaus tu, ya Allah! kenapa sampai macam tu. tinggal kerangka!! tinggal di tempat yang tak terurus,kotor. diri dia lagi la tidak terurus. baju dah reput. sangat tak faham. baca kenyataan ibunya katanya sibuk, tak sempat nak uruskan, nak anak tu berdikari. alasan yang sangat tak dapat diterima. baik dia cakap "saya terlupa selama ni saya ada anak lagi sorang, terlupa saya kurung dalam bilik tu" yes,aku macam lebih terima kalau dia bagi alasan macam tu. tapi alasan tak sempat, faktor kemiskinan, memang rasa tak mampu nak dicerna oleh otak and akal aku yang tak seberapa ni. tak tahu la kot2 otak yang IQ tinggi macam mana pula penerimaannya. sebab tengok keadaan maknya terurus pulak, cantik, ada gaya. tahap paling miskin aku tengok kat Malaysia ni pun tak ada yang sampai tinggal rangka macam tu. aku rasa aku ni orang yang sangat berfikiran positif and aku cuba untuk berbaik sangka dalam setiap perkara. cuba baik sangka, mungkin keadaan adik Firdaus tu sampai tinggal rangka adalah disebabkan penyakit dia ke. mak dia dah bagi makan cukup. aku boleh berbaik sangka macam tu. tapi bila tengok keadaan dia tu. baju dah tinggal secarik, tempat bilik yang kotor. nampak sangat tidak dipedulikan!! sibuk macam mana pun seorang ibu tu, takkan sikit pun tak ada masa nak uruskan anak tu. even 1 jam sehari? 1 jam dalam seminggu? 1 jam dalam sebulan??? untuk bersihkan bilik, mandikan budak tu. Allahuakbar! tak tercapai akal nak pikir. kenapa sanggup buat macam tu?? aku tak berani nak cakap, dia tak sayangkan anak dia tu. walau sekelumit? takkan tak ada. kita boleh kata dia juga tertekan, mungkin masalah dengan ex husband, tertekan dapat anak istimewa, kesempitan hidup dan lain-lain masalah. tapi..tapi dan tapi lagi kalau perkara macam ni tak sepatutnya berlaku. memang tak patut. miskin??banyak alternatif lain. kerajaan sediakan bantuan untuk orang miskin, OKU. Allah, apa2 pun kita kembalika kepada Allah. siapa kita nak menghukum,menuduh. walaupun ada bukti didepan mata. setiap orang melakukan kesilapan. mungkin ini juga sebagai teguran untuk kita semua. untuk kita membuka mata,hati melihat ada orang dalam kesusahan dikala kita bergembira. kita serahkan kepadaNya yang Maha Mengetahui.

Second, nak ulas pasal orang istimewa ni. secara genaral, bukan untuk ditujukan pada ibu adik Firdaus tu semaa2. OKU. Orang Kelainan Upaya. Anak Syurga. dapat anak yang istimewa ni dah ditentukan Allah. Dia bagi pada ibubapa2 tersebut bukan untuk menganiayai. ada sebab dan hikmah. siapa nak anak yang mungkin dilihat tak sempurna dimata manusia ni kan? tapi sebenarnya sempurna, bersih di sisi Allah. mungkin sukar nak terima esp masa awal2 kelahiran tu. tapi redha dan yakin dengan ketentuan Allah tu penting. terima dengan positif, sekarang banyak cara,terapi,kaedah pengajaran yang tersedia untuk anak-anak istimewa ni. kalau betul sayangkan mereka,cuba sebaik mungkin untuk bantu mereka. at least untuk menguruska kehidupan yang asas-asas. Allah nak bagi pahala lebih tu. yang lebih penting, terima mereka dan ingat mereka ni anak syurga. saham akhirat. anak ni yang akan mendoakan dan tunggu di syurga. bersusah sedikit di dunia, tapi senang di akhirat yang abadi. aku tak berani juga nak cakap lebih2 sebab tak melalui. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. memang tak nak kan. kita nak anak-anak yang sempurna, sihat. boleh meneruskan kehidupan dengan normal, boleh jaga kita di hari tua. tapi Allah lebih Mengetahui yang mana terbaik untuk kita. mungkin satu ujian atau satu hadiah. teringat ada sorang lecture cakap "dekat dunia yang sementara ni awak boleh la ketawa, menghina sepuasnya orang gila, orang yang istimewa ni, tapi kat akhirat nanti mereka pula yang ketawa tengok awak.terkial2 nak menuju ke syurga. sedangkan mereka sepantas kilat, tanpa hisab masuk ke syurga yang kekal abadi. Allahurabbi. hebat percaturan dia. moga2 kita juga tergolong dalam golongan ahli syurga.

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...