Friday, March 28, 2014

MH370

Assalamulaikum..

tak sempat nak tulis entry pasal MH370.. tulis-tulis sikit, save dalam draft. sibuk? tak pasti sibuk kot mana.. tapi banyak benda yang berlaku..

2 hari sebelum MH370 hilang, sibuk dekat hospital, datuk sedara masuk hospital.. 6/3/2014, khamis malam kat hospital.. stay up kat kecemasan sampai pukul2 pagi. believe or not, dalam 1 lebih aku mampu nak keluar dari hospital tu ke seven eleven untuk beli roti. ditemani lah, tapi adik yang umur13tahun.. huhu.. takut? rasa lah jugak.. tapi ketakutan tu takut pada manusia. ya, manusia yang jahat..huhu.. tapi alhamdulillah tak ada apa.. and 2 hari berkampung kat hospital..

8/3/2014 tu.. sebelum siap2 nak pergi hospital lagi dapat tahu berita pasal MH370 ni.. mula2 tengok macam tak terasa sangat.. yalah, duk agak macam kapal terbang terhempas macam pernah terjadi sebelum2 ni. malam tu balik barulah tengok berita balik and tahu tak jumpa2 lagi.. misteri kan?? start rasa misteri dan perasaan nak tahu makin membuak-buak.. esoknya Ahad, stay depan tv sampai tengahari untuk tengok berita.. makin terasa. it's BIG issue.. misteri, and never happend before.. tapi petang tu balik U.. tersekat la sikit. tak boleh tengok tv. harapkan internet saja..tapi aku kurang percaya dengan internet2 ni. banyak yang palsu dan edit2.

kemudian timbul la banyak spekulasi2 dari keyboard warrior ni kan.. macam2 andaian. terdetik rasa, diaorang ni tak pikir ke sebelum menulis? pikir perasaan keluarga mangsa.. keselamatan negara.. and ada yang cuba kaitkan dengan politik.seolah-olah mengeruhkan lagi keadaan. boleh tak kalau kita ketepi seketika perbedaan ideologi tu. ni perkara yang lebih penting lagi.

and.. terstop sekejap ikuti berita ni dari 12hb tu..sebab datuk meninggal..huhu.. ada aku ceritakan dalam entry sebelum ni. :-( .

bila keadaan dah stabil semua.. start follow bila DS Najib cakap yang misi pencarian beralih ke Laut Hindi. sampailah 24/3, sad,bad news.. bila PM umum yang MH370 terhenti di Laut Hindi.. 24hb tu aku balik.. kawan baik bertunang. petang balik rumah sewa semula. keletihan..tengok2 kat watsap kata PM nak umum sesuatu malam tu. tapi aku tak mampu tunggu.. kecundang awal. letih..huhu.. bangun pagi esok tu, cepat-cepat bukak radio. ya Allah, serius bila dengan perkataan "ended in Hindi Ocean".. sebak datang tiba2, and i cried.. ya, aku memang super duper sensitif.. 18hari menunggu.. aku berharap, menanti.. menanti sesuatu yang positif untuk didengari.. mujur selasa tu kelas start pukul9. ada masa nak bertafakur,nak bertenang.. tak tahu nak cakap, tapi sedih sangat. mungkin belum sampai tahap empati, kesedihan keluarga yang menunggu tu dapat dirasai.. tapi, i'm still hoping.. DS Najib said "ended".. not "crashed" "died".. huhuhu..

apa2 pun bila kita ikut logik akal.. memang la kan. boleh kata semua dah tak ada. sekarang dah 21 hari. macam mana diaorg survey? tak ada tempat landing and etc.. tapi,adakah kita lupa..satu kuasa yang tak akan siapa dapat tanding,lawan. ALLAH..Dia mampu buat apa saja. akal kita,manusia tak mampu nak pikir sesuatu yang diluar jangkaan, aqal manusia terbatas.even kau pangkat prof paling tinggi ke. tak akan mampu!!! ilmu manusia ni takat mana je nak dibandingkan dengan ilmu Allah. secebis pun tak dapat. akal kena tunduk pada wahyu!

tapi kita faham..manusia yang mengkaji jugak buat rumusan berpandukan ilmu,teori2 tertentu..berfaktakan kepada sunnatuallah.. contoh, awan gelap,hitam..secara adatnya, dan pasti itu tanda nak hujan jap lagi.. tapi dengan kekuasaan Allah boleh tak kalau dia tahan awan tu jangan hujan?? yes,sangat boleh. same case dengan MH370 tu.. no,bukan aku menidakkan. kita just terima and redha. tapi kadang2 nak fikir pelbagai kemungkinan..selagi bukti tak ada di depan mata. selagi bangkai pesawat tu xdijumpai..

tak lupa.. doa untuk team2 yang meneruskan misi pencarian ni. moga Allah redha,rahmati kamu semua untuk yang beragama islam. untuk non-muslim, moga hidayah Allah milikmu. untuk family mangsa-mangsa, semoga diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.. yang beragama islam pasti dan kena redha dengan ketentuaNya. Allah tak akan uji pada orang yang tak mampu nak hadapi. Allah pilih anda-anda semua sebab dia tahu anda mampu. walaupun rasa tak mampu, tak kuat.. tapi sebenarnya boleh..mampu!!! Allahurabbi..besar pahala untuk orang bersabar.untuk para pemimpin tertinggi.tekanan yang besar mereka hadapi.. banyak benda yang nak kena fikir, uruskan. keselamatan negara no1..ingat diaorang semua goyang kaki je ke.. jangan terlalu nak menghentam sedangkan kita tak rasa bagaimana rasa berada di posisi mereka. moga diberi kekuatan.. Allah, tunjukkan jalan yang Engkau redhai. moga kami semua sentiasa berada dalam rahmat dan redhaMu.. amin.

tersimpan beribu, berjuta hikmah daripada setiap kejadian yang berlaku. cari, selami, lihat dengan mata hati, aqal dan iman apakah sebenarnya yang Allah nak tunjuk. no bias.. buang jauh-jauh perbezaan yang kita miliki. fahaman politik, kenegerian, bangsa atau apa2 saja. renung, fikir sejenak.. tidak perlu nak menunding jari.. mencari dosa orang lain dengan menyalahkan berlakunya setiap perkara ni disebabkan dosa2 orang2 tertentu.. siapa kita? Tuhankah? adakah kita tak ada dosa? yakin ke tak ada?? tepuk dada tanya iman.. sama-sama bersatu! as saudara se-islam yang terutamnya. mungkin kita terfitnah.. di dunia akhir zaman ni.. Allahuakbar..Allahurabbi.. selamatkan kami..rahmati kami..redhai kami.. kekalkan kami dalam agamamu, dalam iman, islam hingga ke akhir hayat kami.
Amin..amin..amin..


note:
persoalan yang bermain di benak pikiran, terlintas di hati ialah, andai benar MH370 berpatah balik dan ke laut Hindi..and "ended" there.. soalannya, kenapa ianya berpatah balik???
kita terima banyak andaian2..teori2 yang diberikan..banyak yang aku baca.. tapi tak berani nak komen apa2. mungkin yang menulis tu dari cendiakawan2..orang cerdik pandai. tapi kita perlukan "bukti".. !! just wait and see.. moga dipermudahkan.. kita ada tempat pergantungan abadi.ALLAH!! teruskan usaha dan doa.. Allah with us..!

Tuesday, March 18, 2014

Bless

Allah bless us.. amin.

Kebelakangan ni banyak benda yang berlaku.
It's just happened..
Yes, terjadi dengan perbuatan manusia.
Tapi ramai yang lupa pasal "takdir".. fate..
Tapi adakah kita boleh salahkan takdir?
No...itu dari Allah.  Apa yang Dia aturkan sangat terbaik..
Dia Maha Mengetahui. Dia tahu yanh terbaik untuk kita.
Tersimpan beribu berjuta hikmah yang kita tak tahu disebalik kejadian.
Yakin and percaya pada ketentuanNya.

13/3/2014.. i lost my grandfather. we called him "tok ayah"..
he's taxi driver..
Allahuakbar!!!! terkejut.. it's like tiba-tiba je..
tadi ada.. sekarang tak ada.. kuasaNya!
tercatat kematiannya sejak 40hari kejadian..
dimana Allah tetapkan ajal,jodoh, takdir hidupnya..
dengan ASBAB kematian melalui kemalangan..
12/3, dia balik dari masjid lepas isyak..
accident masa nak lintas masuk ke rumah..dia naik motor..
yang rempuh dari hadapan pun motor..tak ada lampu..
pendarahan teruk sangat...
kita bukan nak mencari salah siapa..
ini memang takdirNya.. dari siapa? DIA yang Maha Berkuasa..
kemalangan tu as penyebab saja.. Dia boleh matikan hambaNya dengan pelbagai cara... dah tertulis..
sedih? ya..sangat-sangat sedih.. tapi siapa kita nak meratapi? nak menafikan? semua milikNya.. Dia berhak nak ambil balik bila-bila masa dia nak. semua yang kita miliki hanya pinjaman.. Al-Fatihah untuk arwah tok ayah.

Allah..hebat sangat kuasaNya.. janjiNya pasti.,tak perlu diragui..
tidak dilewatkan sesaat atau dicepatkan sesaat.
Maha Suci Allah, Tuhan yang memiliki setiap sesuatu, dan kepadaNya kamu semua dikembalikan...



Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC). Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini. Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sek...