Thursday, February 20, 2014

C.I.N.T.A


Cinta..kepada Allah
Cinta..kepada Rasulullah
Cinta..kepada ibu ayah

Cinta.. itu satu fitrah
Cinta..membuatkan tidak tentu arah
Cinta..bukan beerti sepenuhnya diri diserah
Cinta..perlukah kita pasrah

Cinta..boleh jadi membahagiakan
Cinta..boleh jadi menyakitkan
Cinta..boleh jadi menggembirakan
Cinta..boleh jadi mengecewakan

Cinta..yang indah
Cinta..yang hati menadah
Cinta.. yang gundah
Cinta..yang membawa padah

----

Wah..wah..berpuisi pulak.. 
Sebenarnya dah tak boleh sambung tu..
Tak ada idea..tak jumpa rima dah untuk akhir ayat..
Todaiii we’ll talk about CINTA.. cehh,macam ada pengalaman..
Memang ada pengalaman pun..
Pengalaman mencintai??? Ada..banyak..sangat2..
Pengalaman dicintai??? Ehh,ada jugakk.. ingat tak ada ke..
Dicintai siapa?? For sure I know my parents love me so much..
My family.. and my friends.. itu pun cinta kan??
Allah and Rasulullah? I hope so.. moga kita semua dalam rahmat, cinta dan kasih sayang Allah dunia akhirat. amin.. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Peyayang..  Rasulullah yang cintanya pada umat sehingga ke akhir hayat baginda.. moga2 kita tergolong dalam golongan yang mencintai Allah dan Rasulullah sentiasa..

Persoalan cinta ni memang tak boleh lari dari cinta kepada manusia..
Jatuh cinta..tu perkara biasa. Fitrah.. kita suka kepada sesuatu..fitrah..
Hati tak boleh nak stop dari tersuka or “ter”cinta..
ya..tak boleh stop. tapi boleh control..
ikut hati memang habis la.. 



but..
“I believe in destiny”
thanks.. ^__^





Monday, February 17, 2014

strength

kekuatan tu sangat penting..
esp bila dilanda masalah,ujian,dugaan dan seumpama dengannya.
memang sangat-sangat memerlukan kekuatan itu.
untuk bangkit semula.. untuk meneruskan kehidupan.. untuk cuba lagi dan lagi.

biasa kita dengar dari kawan-kawan yang tengah dilanda masalah,ujian..
macam mana aku nak teruskan hidup?
aku tak kuat lagi..
doakan aku kuat..
berat sangat ujian..tak mampu nak hadapi..
mana nk cari kekuatan tu?

akhir-akhir ni memang ramai yang meluahkan perasaan.
dari kawan2 yang terpilih Allah turunkan ujian untuk dia.
dugaan untuk menduga kesabaran..
pengalaman getir untuk mematangkan diri..
ujian untuk menguji keimanan..

semua orang ada masalah.
tinggal saja cara masing-masing nak handle.
me too.. hari-hari ada saja "new experience"..
yang tetibe je datang, boleh downkan semangat, mood..
sampai rasa tak nak buat apa-apa..nak tidur je.
maybe secara zahir orang nampak macam happy.
bergelak ketawa..senyum..act like usually.
tapi dalam hati sape boleh teka?
kecuali yang soul nya kuat denganku..
kita boleh cakap, relax je,buat tak tahu..
tapi yang tanggung sape?
for me, kalau serabut2 sangat memang akan luah..
to my bffs.. (with Allah ofkos la kan.)
and cara paling best, balik kg..duk rumah.
tanpa cakap apa2 pun hati tenang tengok mak ayah,fam..
betul la, dengan tengok wajah mak ayah kita boleh pahala..

thats why bila kawan2 mengadu, rasa sangat memahami..
tadi jam 2.03 petang dapat sms "YaAllah, semoga Allah bagi aku kekuatan untuk aku tempuhi semua ini"
tahu masalah dia..apa yang dia rasa. walaupun kita tak dapat buat apa2..
tapi  sekurangnya jadilah pendengar..
pendorong untuk dia cari kekuatan tu..
kekuatan untuk dicari bukan ditunggu..
tak ada apa nak cakap..i'm not really good dalam perkara ni.
bukan kaunseling bertauliah untuk bagi terapi,nasihat.
tapi sekurangnya boleh mendengar.

untuk diri sendiri terutamanya,kawan2,or sesiapa yang dilanda dugaan and rasa tak kuat tu..

 just 1 word SABAR..
Allah sentiasa bsama-sama orang y sabar.. 
syukur lah kita dilahirkan dalam Islam, ada agama..ada Tuhan y kita percaya 100% dan as tempat pergantungan. tak adalah terkontang kanting kalau ujian melanda. just find HIM. insyaAllah akan dapat kekuatan tu.

walaupun rasa macam tak ada kekuatan, tapi sebenarnya ada.
Dia dah bagi just dlm bentuk y kita tak nampak and tak tahu mcm mana.
kalau tak, konfem dah tersungkur.
sekarang tengok diri sendiri.
alhamdulillah still bernafas kan? boleh berdiri?boleh berfikir dgn waras? still ada iman lagi?walaupun nipis,tebal ke.. still ada.. 
yes itulah tanda kekuatan kita tu still ada. doakan moga lebih kuat,kuat n kuat.


positifkan diri anda,cari kekuatan tu..
kekuatan yang memang ada dlm diri.
tapi kekadang kita y menidakkan kehadiran beliau.. 
sebab?? nk kata diri tu lemah..lemah..lemah.. 
sebab diri sendiri yang tak mahu bangkit! 
dats why jadi lemah sampai tak boleh teruskan hidup.
and paling penting do the best and serahkan 100% padaNya.. 
He know apa yang terbaik untuk kita.. YAKIN!!

(kata-kata yang ditulis untuk mendorong diri sendiri yang terutamanya, dan perkongsian untuk semua yang sedang mencari kekuatan... ^__^)

Have faith in Allah forever and ever, dunia akhirat.. 



Sunday, February 16, 2014

My Fairytale.. not Cinderella Fairytale



me.. suka,kuat berangan..! tak salah berangan kan? untuk achieve satu mimpi, impian bermula dengan angan-angan.. namun kekadang ada angan-angan yang terlampau tinggi. everyday.. pejam mata and i be there. where? my fairytale land. susah nak terjemahkan. tapi 23 tahun, aku cipta land sendiri.. yang dianggap as fairytale semata-mata. bukan berseorang, with my bffs... masing-masing cipta land sendiri..dan banyak yang kami kongsikan sama-sama.. impian yang sama..atau angan-angan yang sama? impian vs angan-angan adakah perkara yang sama? ramai yang cakap impian boleh dicapai. tapi angan-angan tu hanya dalam mimpi. Now, tanpa disedari..umur semakin meningkat. tanggungjawab semakin banyak. we'r not "teen" anymore. yang punya banyak masa untuk lakarkan our fairytale.. now masa untuk realisasikan fantasi itu. last 2,3 days,we'r in trouble.. masing-masing share problem, bebanan, ujian yang dilalui.. very deep conversation.here we r, in reality world. not in our fairytale.. 23 years old.. not too young, not too old. umur yang cukup matang untuk membina kehidupan..

one of us said "our fairytale land..just in our fantasy world.." she's cannot bear it anymore. realiti terlalu menyakitkan. tidak seindah fantasy. and make me wonder, adakah kami terlalu mengharapkan and terlalu banyak mewarnai our fantasy dari realiti??

angan-angan.. terlalu banyak.terlalu tinggi..terlalu sempurna.. but i believe in my angan-angan..my fantasy. said i'm crazy or watever.. bukan fairytale seperti cinderella yang miskin,didera ibu tiri, and datang "fairy" bagi beautiful gown,shoes and kahwin dengan putera raja. nooo...i don't believe that "fairy". i have own storyline of my fairytale.  like miss Iman Evelynrose said "i don't believe in prince charming but i believe in white horse". and me said "I don't believe in Cinderella's fairytale but i believe in My fairytale because i'm a fairy and i'm a teller.."

so, boleh kan? aku teruskan berfantasy? i'll try my best to achieve and make it real..in reality world. nothing impossible.. dengan izinNya.

to my friends and me: dugaan,ujian memang datang untuk menguji.. just be strong, believe in Allah, believe in your dream.. keep thinking in positive way..


Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC). Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini. Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sek...