Sunday, April 28, 2013

bila cinta manusia diperjudikan

assalamualaikum....!!

wah..tajuk,macam penulis profesional...(insyaAllah satu hari nanti)

sebenarnya x berniat untuk mengulas panjang mahupun pendek.. tapi nak letak kata2 yang aku baca dari blog ustazah Fatimah Syarha. satu perkongsian untuk diri sendiri dan semua, terutamanya untuk remaja2 yang resah,gelisah, mabuk dengan cinta lelaki yang bukan halal untuknya!! ataupun hati tengah berduka,sehingga tak mampu nak melakukan apa2..dirasakan dunia ini terhenti,tiada yang menarik, mungkin juga yang sedang menangis sekarang, tertekan, sakit hati!! juga ditujukan untuk insan yang sedang memendam perasaan,rindu,cinta.. low confident kah bila tidak mempunyai "teman" istimewa disisi seperti kawan2 yang lain?? sedikit pencerahan dan pujukan yang penuh kasih sayang dari ustazah FS

"Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah,
suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal.
Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan
remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. 
Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah
untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda
mendapat seruan, yakinlah.


 Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah
 ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai
 cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi.
Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

 Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah
dan teruskan berusaha.Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki
dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu
yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.
Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun
pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah
menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.
Teruskan berusaha!
Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila
 seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah, kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. 
Dengarlah pesanku,
cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan.
Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu
untuk lelaki yang baik,begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26).
Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian
peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'.
Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai,
si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu
yang dimurkai Ilahi.
Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki.
Lupakan segala kegundahan.
 Ubatilah resah di hati.
Dekatkan diri pada cinta Ilahi,
nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki.
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan"

Saturday, April 27, 2013

Samsung Galaxy Camera idaman hati

sape dah beli and guna SG camera??? dah lama duk mengusha benda alah ni.. aku memang minat bab2 kamera ni..niat nnti nak beli DSLR terus.nk masuk kursus photografi.. tapi, tengok samsung galaxy ni, macam best je... ok x kamera ni??

kaler pink ada??


ada mana2 blogger yang dah buat review?? serius mahu ni... ada sape nak tolong belikan?? nak mintak nga ayah pun,tengah bz nga pilihanraya ni..haha.. harap2 nnti parti y ayah aku sokong tu menang,so blh request la apa2 je.. hihihi...
kalau xboleh jugak xpe.usaha sendiri la kan... cuti 2bulan lebih nnti,keje je kuat2...buat 2,3kerja sehari....*ayat kesian, konfem ayah akan belikan kalau buat mcm nie...* ^______________^

Thursday, April 25, 2013

Happy Birthday Kim Jong Kook Ajushii~

Hepy besday to Kim Jong Kook (KJK).. yang ke 37 !!!!!!!!!!!! cepat la kawen.. walaupun saya suka gila kat anda,tapi kita berbeza 14tahun..saya xboleh kawen dengan anda.. >_<(yang macam dia nak la..ada x?? style mcm KJK, tp umur 27 kebawah, single, islam and Malaysia?kalau ada jom kita berkenalan.. hihihi..)

Jong Kook oppa uncle, (tapi blh je pun nak panggil oppa..), dah nk dekat 40tahun tu..sila la kawen cepat ya.. dan saya ship anda dengan Jihyo!! heee

masih handsome.. mr muscle!!

bergambar je kan? konfem2 la mamat ni xmakan kek.. xmakan benda2 bergoreng/lemak,kalori tinggi..fastfood... jaga la badan tu...>_<


btw, boleh tak tolong click2 no2 ni..click 5-5.. tolong ya.^^ 1  2  3  4  5


+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


SpartAce Shipper here!!

Tuesday, April 23, 2013

my LOVE story

kebanyakan kekawan dah ada someone special.. or teman tapi mesra..
dan aku masih dengan dunia sendiri..yes, setakat ni rasa selesa macam ni...

orang lain ada someone yang special bagi dia.. aku pun ada jugak...tapi kisah kita berbeza..

here my story...nak tahu, luangkan masa 3,4minit untuk tengok video ni, and tahu pasal my relationship..^^ (hubungan kami terjalin dah lama okeyyy...)


my love story.. so??sukati la orang nak cakap pun. tp aku selesa dengan mcm ni je kot..macam fantasy.. ya,biar la.sebab aku belum bersedia nak tempuhi reality tu.. reality kekadang menyakitkan.. akan ditempuhi jugak,tapi bukan masa terdekat ni..  ^___^ (tapi still..aku boleh bezakan antara realiti dan fantasi..dun't worry)



"Maybe after a few years I will have my own career, family, or even kids, things may change, but...because of u the days of bliss,touching moments, sorrow and frantic, will be deeply rooted in my heart" 



#btw..Hepy Cassies Day to all cassiopeia.. lets keep our love and friendship forever

--Park Yoochun aka Micky Yoochun aka 6002theMicky--

Monday, April 22, 2013

hobi main google-google

sape hobi dia adalah google2?? aku la tu..kalau duk depan laptop ni,mmg buka google dulu..pas2 start la google apa2 je..resepi ke,review novel, binatang2 ke.. kalau bab kena buat assigment, memang aku la pakar cari maklumat, orang lain xjumpa, aku jumpa.. aku ada skill mengoogle..haha..auta2 sikit,jumpa la.. nak mintak tips,nnti msj..hihihi..

just saje nk citer..pasal apa yang korang2 duk google ni.. aku check kat nuffnang tu..hehe..kekadang kelakar jugak tengok. tapi faham la,sebab aku pun mcm tu. mesti,mana2 blog yang aku singgah tu pun,ketawa dengan sendiri tengok keyword aku..harap dia xtahu jelah kan sape yang google tu.


ni yang aku macam neves ni..sape p google email aku tu?????? waa.. 


jap..citer I Miss You kat tv9 tu popular eh??hahaa..aku xtahu pun kalau popular skrang kat Malaysia..aku gila2 di alam maya je.. dan, yang aku perasan makin ramai yang gugel pasal Yoochun skrang.. mamat tu makin tmbh peminat nmpknya.. jeles plak..

dan yang paling rasa nak ketawa..tadi check,yang latest la ni.. sbb jarang2 jugak aku check nuff ari2..time ingat jelah..dulu2 pn ada jmpa google2 y kelakar, tp xprint screen..biar jelah.. tapi yang ni, bagi aku mcm kelakar pulak.. 

ni......yang no2 tu...hak2


why??? sape la yang expect Pak Lah buat gwiyomi ni???? mmg xde keje eh korang...hahahahaha..agak2 la weii.. kalau gugel rosmah, najib(datuk n datin seri..aku xboleh la pnggil mcm tu kt blog ni kan..kena hormat skit..) buat gwiyomi ke, blh la tahan lagi... ni Pak Lah,y dah lama da xnampak tu.. sape gugel ni??baik ngaku..aku bagi hadiah..kekeke...




okey bye..saje selingannnn...keje banyak,baju bertimbun xlipat, meja study mcm rumah tikus..huhuhu


Friday, April 19, 2013

Alahai Gwiyomi...(betul tak eja ni??


ape benda la gwiyomi, gwijomi ni???
serius..aku xpernah tengok versi asal dia...dan xtahu dari sape..untuk apa..kenapa,mengapa,bagaimana..mmg xtahu..
tapi tertahu jugak n sedar akan fenomena gwiyomi ni,bila buka FB la,,penuh budak2 ni duk post kat wall.. kalau FB xformal(untuk BFF n geng korea n hiburan semata2) xkesah la sangat..sbb memang tugas FB tu,untuk siarkan berita2 korea kat aku..tapi bila pasal gwiyomi ni pun naik jugak kat FB satu lagi tu..fb formal,nerd and baik aku tu..hehehe.. terkezut jugak la,tengok  geng2 ustaz ustazah pun duk gila  gwiyomi ni... tu yang aku baru terpikir, ooo..popularr rupanya benda.. tapi sikit pun,xrasa nak tengok..

1st aku tahu pasal gwiyomi ni mestilah sebb my bias y buat... tengok Jaejoong buat,tapi mcm tutorial bergambar je.. pas2 tgk intrvw terbaru Jongkook, si tiger tu pun buat jugak..wahh,hilang macho..tp sekali tengok jelah..xde perasaan nak buat research.. just curious la jugak,kenapa jadi popular? comel ke? sape yang asal buat ni??? .....budak2 duk tanya, "akak xtahu ke?kan tengok korea hari2.xlogik xpernah tgk benda ni.." memang xtahu!!! ya,saya tgk korea hari2..citer korea,lagu korea, variety show korea..tp tengok y saya nk tengok n minat je. saya bukan kpopers lovers,bukan warganegara korea..so,xperlu la nak tahu hal2 kat sna yang xperlu tahu.. ^_____^

jadi..sila la terus bergwiyomi tu. malas nak layan(ni dah jd mcm kes PSY-oppa gangnam style tu).. tapi satu je nak pesan, dari yang aku duk tengok tutorial dari JJ n y KJK buat tu, gwiyomi ni mcam act cute g2 kan??? so, Malaysianss...jaga lah diri ya.. gwiyomi lah banyak mana pun.anda tetap xcute!!!!!!!!!! nak2 kalau lelaki malaysia ni buat..mau muntah berdarah tgk. jangan bandingkan anda dengan artis korea..sejambu2 anda d Malaysia, p korea, andalah yang paling2 macho kot..ahahaha..

satu2nya versi bergambar y aku tgk..tutorial dari KJJ gediks..makin tua makin gedik..


dan ni satu2nya versi audio video y aku tengok...ooo, KJK wat r u doing? kalau members running man dia tgk ni, kena kutuk sampai episode300. pangkat commander, sparta, tiger, coach kook kena lucutkan kot.. tinggal koo~kie je nnti..







footnote: stress2 ni,memang rajin pulak nak update blog..banyak kerja saje xkesah..tapi kalau campur nga stress,mmg sakit la..cepatlah habiss blajaaaaaa,,,siyes, tertekan!!!!!!!!!!

Thursday, April 18, 2013

SpartAce Shipper... Any???

test market jap..
any SpartAce shipper here??? Kim Jong Kook and Song Ji Hyo?

wait....nak masukkan key2 yang berkemungkinan orang akan google..hehe..

1- Kim Jong Kook and Song Ji Hyo is real ?
2- Kim Jong Kook and Song Ji Hyo dating ?
3- something fishy with Jong kook and Ji hyo?
4- Spartace couple the best
5- Spartace always stick together
6- spartace shipper.. KJK and SJH shipper
7- i love kim jong kook and song ji hyo
8- commander kook and ace ji hyo?
9- sparta kook vs mong ji hyo?
10- Kim Jong Kook and Song Ji Hyo wedding.. hehehe..

saje je..nak survey,nak tahu berapa ramai yang ship SA couple or perasan something antara dorang.. kalau nampak ramai yang google tu..okey, akanku buka entry nanti pasal SpartAce... haha.. dah lama jadi detektif tak bertauliah ni... well, who's SpartAce ni? Jong Kook? Ji hyo??
yang tahu tu tahu la.. yang xtahu, xperlu tahu.. nak tahu pun blh,tapi sila tengok Running Man dulu..and berkenalan dengan Commander and Ace nie ~ ^__^



the strongest members in RM
bye..bye..bye.. see u next entry~~~

new entry for Spartace, click--->  spartace part2


sambil2 tu,boleh tak nak mintak tolong? tolong click link2 kat bawah ni. click je..tunggu sampai loading.and boleh tutup la.. tolong ya..hehe.. click 5-5 no ni..


1  2  3  4  5

kalau nak tambah pendapatan, boleh JOIN SINI


Wednesday, April 17, 2013

saya penghidap Ailurophobia



"{TAHUKAH ANDA?} Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.
, seperti di dalam gambar.(bawah)

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya."

Aneh bukan?


yaaaaaa....saya tak dapat nak berbaik2 dengan kucing..kalau orang tanya kenapa?? sangat susah nak jawab..serius,tak tahu nak jawab. takut?geli? yang penting bukan benci. xsekali2 benci kucing,nak kata tak suka pun xjugak. tapi memang tak boleh dengan binatang ni.hanya yang ada Ailurophobia ni je yang faham.yang lain takkan faham. kadang2 tu rasa juga kecik hati,bila ada yang cakap ni jenis ngada2 je,xsuka kucing, jumpa kucing lari,menjerit,naik atas kerusi,meja la.. tapi ketahuilah, tindakan tu semua memang berlaku tanpa sedar. ya,aku kadang2 pun terjadi macam tu.kalau dengan family,memang diaorg akan faham. tapi kalau dengan kawan2, diri sendiri kena behave..kat kafe contohnya,kalau makan memang xpernah tenang,mata melilau2,tengok kiri kanan,bawah meja bawah kerusi. kalau dah nampak kucing dari jauh,lagi la.. sebab memang normal kucing tu dimana2. takkan xnak makan? blh je xmakan,tp apa kata kawan2 pulak kan. makan laju2...kalau datang jugak kucing kat tepi, ada 3 benda aku buat, satu:tinggal makanan,basuh tangn blah. kedua:tukar tempat. ketiga:member tolong cover,macam ambik kucing tu letak tepi dia ke. tapi tu lah, memang kucing ni suka datang dekat orang yang tak boleh dengan dia.. Ailurophobia ni, kalau bagi aku..paling takut bila aku rasa kejutan tiba2. kalau tempat terbuka,yang aku rasa ada kucing,n dah cuba behave, tiba2 ada sentuhan kecil kat kaki, tepi2 badan ni..mcam tersentuh apa2,angin,benda jatuh ke, terus akan tersentak, jantung mcm terhenti jap,pas2 mengigil, tubuh akan lemah.. memang pernah terjadi ni,masa makan kat kafe.. gelap pandangan jap,pegang sudu jatuh.padahal, tangan kawan je tersentuh blakang aku.

sorry la, aku memang xbrape boleh makan dekat gerai2 yang terbuka sangat.. kucing2 berkeliaran.. kat kafe ni,berapa kali je aku makan kat sana. lebih suka bungkus,naik makan kat bilik. kalau keluar p mana2 pun, memang masalah..  bukanlah berlagak ya kawan2, xmakan kat gerai2 tepi jalan tu,mamak ke.. tapi siyesly tak boleh.tak tahu nak terangkan.memang tak boleh.. dah cuba pegang kucing tu dulu,tapi tak boleh. tengok kucing tu,rasa macam sesuatuu yang menakutkan,perlu lari..kalau nak naik bilik, adalah kucing 2,3 ekor kat bawah tu,kat tangga. kalau cakap mesti orang xpercaya, tapi kalau naik sorang2, memang habis surah,doa aku baca. jalan pun,mengundur ke belakang,takut tiba2 dia ikut. yang tu lagi menakutkan, boleh pengsan kat tangga tu.

pikir jugak,mungkin aku tak boleh dengan kucing sebab bulu2 dia,  kecik2 dulu ada lelah,so allergic la kan..ya,mungkin aku allergic dengan bulu kucing and seangkatan dengannya,sebab kalau dekat dengan beliau terus rasa gatal2 anak tekak,hidung,telinga.. dengan hamster pun sama,dulu kawan bawak hamster kat rumah sewa, seminggu batuk,lelah.tp faktor psikologi lagi tinggi kot. akan rasa kegatalan,nak bersin, rasa geli2 anak tekak tu just bila aku nampak kucing kat kawasan tu, walaupun jarak 2km. cuba, letak kucing tu kat tepi aku,dan aku xtahu pun dia ada,xde rasa pulak allergic tu..so, faktor psikologi mmg tinggi ni. kalau korang xfaham,harap maaf la..aku xreti nak citer macm mana.tp nak luahkan jugak.. nak bgtahu jugak penyakit ni, at least korang2 dapat la jugak memahami kami.bukan hanya tahu judge n mengata.. diulangi sekali lagi, kefobiaan kami bukan dibuat2. sebab selalu org ckp, "pelik lah..kucing pn takut ke..kucing kan comel,manja,bukan makan org pun.".. huhu.. =_____=

lagi nak citer jugak..tolong jangan takut2kan or  niat nak bergurau, ambik kucing pas2 datang letak depan aku tiba2.mungkin gurauan anda tu menjadi igauan. nak pakai topeng hantu yang paling menakutkan, boleh diterima lgi..tp bukan kucing! kefobiaan aku pada kucing ni,memang boleh bawak tahap STRESS nak gila. kat rumah aku ada kucing. kucing2 y orang buang,or dia berjalan2 mai sendiri.. mak aku bagi2 makan g2 jelah.. tp aku HARAMKAN beliau2 ni naik rumah.kekadang dorang naik jugak,curi2..tu yang buat aku STRESS..memang betol2 stress,tahap mcm nak final exam. sila duduk kat luar jelah,kan makan orang dah bagi,xpayah nak naik2 rumah. kalau nak bermanja2,sila kerumah org lain.. aku pun bukan jahat sangat(sikit je jahat). kalau p dapur tu, aku intai2 kot tingkap tengok makhluk2 tu ada kat pintu tunggu makanan dengan muka kesian. aku bagi jugak makanan,saya xkejam okey..tahap belas aku sangat tinggi. aku akn ambik ikan,nasi pastu letak dalam plastik, lempar kot tingkap.haha..pandai2 la dorang. memang xlah aku buka pintu, takut dorang akan terkam nak2 kalau nampak ada makanan..huhu. kalau time jahat ada jugak,kalau rasa annoying dorang2 duk kat muka pintu walaupun dah bagi makan, aku ambik air renjis2 kan.. hihi.tp bukan dengan dendam,saja nak bergurau. tahap tu jelah aku blh bergurau dengan kucing..suka tengok dorang ketakutan lalu lari xcukup tanah.


setiap orang ada kelebihan dan kekurangan kan?? tak boleh dengan kucing,bukan bermakna aku tak boleh dengan binatang2 lain jugak. aku boleh dengan binatang2 yang kebanyakan orang xboleh.. yang paling perempuan takut: pacat,lintah,cacing,ulat, lipas,or any bugs..aku boleh dengan mereka2 ni..hehe.. pacat tu,masa aku p berkhemah dulu, saje2 la dongak atas,ada pokok.. tetibe ada benda jatuh atas muka..tapi atas cermin mata.buka2,tengok pacat..hahaha. nasib baik aku pakai cermin mata,kalau tak jatuh atas mata..huhu.. semua orang tengok menjerit2,tapi tak de masalah bagi aku..ambik buang jelah.. kawan2 aku yang kena pacat,lintah, ada cacing hinggap ke, xde orang lain yang tolong buangkan melainkan aku..hhahaa..bukan berlagak ni,tapi alhamdulilah kelebihan yang Allah bagi. dan binatang yang mak aku paling takut,geli..iaitu ular. aku takut jugak ular,sebab berbisa.tapi aku boleh sentuh beliau yang dah mati and xberbisa.. xgeli, just takut jugak kalau dia boleh menyerang tu.. kalau belut tu feveret la,suka main2,pegang2 dia..tapi makan xboleh.cacing ulat pun xde masalah..pegang dengan tangan pn blh kot. lipas,lipan pun aku xde rasa nak lari,menjerit2 ke.. binatang2 lain pun,setakat ni xde yang aku rasa mcm kucing tu. nnti nak masuk zoo dulu, test tengok..

antara tikus dengan kucing, aku pilih tikus.. tikus tu lebih menggelikan dan merbahaya kan? bukn setakat merbahaya, tapi kotor dan suka wat onar.gigit segala benda yang ada dalam rumah tu. tapi,benda pelik pada aku,tengok tikus xrasa meremang mcm tgk kucing. time tidur, kalau dengar bunyi2 tu,memang takut la..takut kucing sesat masuk dalam bilik duk bawah katil ke.. eeewww.so, aku lebih rela kalau yang buat bunyi tu adalah cik ti aka tikus. tikus jatuh atas katil aku blh handle lagi..tapi kalau kucing memang xtahu nak handle mcm mana..

sebagai penutup (mcm buat asaiment)..sekian terima kasih jelah. xde idea dh nk menulis.ni pun panjang dah.lama xupdate blog,sekali tulis mcm karangan dah ni.. okey,till then.. salam.. ^^ 

p/s: terima lah kami y Ailurophobia ni..hahhaha...*mcm sakit kronik je kan.*

Photo: {TAHUKAH ANDA?} Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.
, seperti di dalam gambar.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.

Aneh bukan?
ya...pandai dia dtg kat org y xsuka dia..

Thursday, April 4, 2013

mengidam tahap kronik pada 2 benda ni......

1st, nak cookies..chocolate chips cookies!! nak yang ala2 famous amos tu.ataupun, pernah order dengan kak di (Diana Ishak-Green Apple),memang best cookies dia..

chocolate_chip-cookies
bukan chipsmore yang ada kat kedai2 tu..tp nak y homemade


nak cake, secret resepi!!!!!!!!!!!!!!

make sure akn p gak minggu ni
sekian~

Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC). Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini. Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sek...