Monday, March 11, 2013

Batu Jong vs Mee Kg Pek

Minggu lepas punya cerita.. Hari Jumaat, 1/3/2013.. melawat adinda CIK VIOLET kat PLKN.. hehe.. dekat Batu Jong, Kelantan. Area Kuala Krai. Dalam sejam setengah kot dari rumah. Kami dari besut,Terengganu. ^^ saje2 la, nak kenal2 tempat tu sebelum dia balik.

Perjalanan mula2 tak de masalah,okey je..tapi bila nak masuk kat kawasan Batu Jong tu,memang thriller.. kawasan bukit bukau,jalan pulak sempit giler, bersimpang siur. boleh lalu untuk satu kereta je, kalau kereta dari hadapan datang, memang kena berhenti dulu kat tepi, tapi risau time dekat selekoh, kot ada kereta datang dari hadapan,tak nampak.dahlah memang aku ni fobia accident bulan lepas tak habis lgi.. rasa macam nak turun je dari kereta tu, naik jalan kaki kat atas..huhu.. tapi apa2 pun, Alhamdulilah, selamat pergi dan balik..

mencabar,kalau aku drive ni,memang tinggal kereta kat bawah la,naik jalan kaki..
sedikit gambar kat kem PLKN Batu Jong..sikit jelah,xsempat nak snap2.. kalau nak tengok banyak2, pergi kat blog adik aku kat atas tu.. next week dia balik, banyak lagi kot akan diupdate..

my sis with lovely dad n mum.. 
ayah memang suka jadi model ni..hik2.. kawasan dia mmg dalam ladang kelapa sawit tu..


lepas tu balik~!!! tapi, acara makan2 mestilah kena ada kan.. Ayah suggest satu tempat makan yang besttt!!! dia pernah makan kat situ.. namanya,"Mee Kg Pek" . agak kelakar nama..hihi.. dah terlepas, tapi pusing balik, nak menunjukkan betapa best and wajib makan kat kedai ni. Mula2 x excited sangat la, dah bayang dah, taste ayah aku tu,jenis suka yang sos2 banyak,tomato,cili,kuah pekat, campur segala jenis bahan kat dalam tu.

Tapi.......bila sampai je makanan .....


untuk 5 orang makan!! tapi kami makan 4orang je, mak xmakan,alah dengan seafood and telur..
see... sangat2 menyelerakan!! memang BEST!!!!! siyes, xtipu.. kuah dia,pekat dan rasa semua jenis rasa.. udang besar jugak..and mee tu,macam dibuat sendiri.. sedap..rasa nak makan hari2 ni.. sape2 yang ke kelantan tu, singgah la ya.. xrugi...

my plate... siap tambah lagi.. masih terasa2 lagi rasa mee ni..!!

in the end.....

licin...semua pinggan mangkuk.. memang puas hati..!!



tu kedainya...~ masa ni hujan,xbrape berupaya nak snap lagi sekali,lepas tengok tertinggal perkataan M tu..hehe.. faham2 jelah, baca kot jawi tu.. Mee Kg Pek.. alamat ada kat situ.. kedai dia depan sekolah kg pek.. tepi jalan,tapi agak kedalam.. pandai2 la cari.. dah masuk daerah Machang, tapi rasa macam nak dekat Kuala Krai la... aku memang fail bab2 mengenal jalan ni... ^__^


#menulis,sambil makan meggi tomyam.. T___T



No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...