Thursday, January 31, 2013

kerana..kita semua adalah baik




Terjumpa kata-kata ni dekat FB tadi..kata-kata yang sangat bermakna kalau kita nak muhasabah diri sendiri ni.. sekarang ni,ramai yang tahu menghukum sahaja,tengok tak kena terus mengata..buat kesimpulan..padahal kalau nak menasihati,nak menegur,ada caranya kan.. tegur/nasihat tak berhikmah tu satu hal,yang lebih teruk bila kita ada nak tegur2 dia balik, tak nak terima..biasalah,orang macam ni dia tahu menghina orang saja,sebab dia rasa dia yang terbaik!! so,tak boleh tegur dia..hanya dia yang layak tegur orang.. aku tak kata sape2..secara umum and untuk diri sendiri jugak..ya,mungkin kita pun pernah buat macam ni.. contoh lah kan, kalau aku ni bertudung..tengok orang yang tak pakai tudung, akan datang jugak dalam hati ni, eh,dia tak rasa pape ke tak pakai tudung tu..tak tahu dosa ke..memang akan datang andaian2 macam tu..tapi cepat2 lah kita tepis,fikir postive, bukanlah fikir positive tu maksudnya kena cakap,tak pe tak pakai tudung pun,dia xready la tu.xdapat seru lagi..rasanya xboleh cakap macam tu kan,sebab seru ni dah lama sampai.. so, berdoa lah,moga2 dibuka pintu hatinya,moga2dia dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa..berdoalah juga untuk ketetapan iman pada diri sendiri.. hati kita boleh berbolak balik..andai kita rasa kita dah berada ditempat yang betul, berdoalah agar ditetapkan dan dijauhkan dari kembali ke jalan yang yang salah.. sama jugak dengan kes2 lain...berkaitan dengan adat ke.. kawan malas study, cuba la ajak2 dia study,xpun bagi contoh baik..jangan terus mengumpat,mengeji dia..

Sama jugak,kalau orang tegur kita...terima lah dengan seadanya.. walaupun kita rasa kita lebih baik dari dia..kita kaki surau, roomate tu kaki laptop 24jam.. dia tegur kita suruh ubah cara percakapan ke,cara pergaulan dengan orang ke..terima lah..ataupun, kita ni setiap tahun masuk dalam dean list..top5 lagi,pandai.. bila masa nak buat kerja group, member2 lain bagi idea,boleh ambil kalau best..jangan nak ikut kepala kita je..walaupun member2 tu bukan dalam top5..rzult pun 2.5 je.. sebab setiap orang tu ada kelemahan,dan kelebihan masing2.. masing2 saling melengkapi kan..

Teringat seorang kawan,adik la dari aku.. classmate untuk degree ni.. 1st masa jumpa dia dalam kelas, hari 1st, dia sorang je datang kelas dengan seluar jeans,baju memang ikut body la walaupun labuh sampai ke lutut.. peraturan U aku memang pakai baju kurung untuk yang islam dan berpakaian sopan,baju labuh dari punggung untuk yang non-muslim.. jeans adalah dilarang sama sekali.. tapi tetap ada je yang pakai,esp lelaki..tapi xlah nampak pelik sangat..just,kalau perempuan pakai barulah nampak pelik sangat,dan orang akan tengok sinis,sebab tak ada orang buat..tambah2 lagi course aku ni dibawah pengajian islam..orang cakap course aku,macam 2 alam..sebab ada islamik,ada barat..haha..course apa??nak tahu boleh msj..mmg best course ni..hehe.okey,berbalik pada kawan tu..memang pada mulanya tengok pelik lah semua..tapi diamkan jelah..tetaplah juga berkawan,sebab aku bukanlah rasa nak pinggirkan orang dengan sebab dia macam tu..mungkin dia tak tahu..dengan pakaian dia mcm2 fesyen,tak segan tak takut pakai seluar(jeans) datang kelas,termasuklah masa kelas agama..solekan tu,kalah artis..buat ukiran rama2 n mcm2 la tepi mata tu.. lepas tu,timbul pulak kes dia kapel2 ni..dengan budak sekelas jugak..macam belangkas,berkepit je dua orang tu..dating 24jam kot..pakai baju sama hari2..dengan panggilan manja..memang terkenal la dia tu dalam Fakulti aku ni..semua kenal,sebab selalu bersama..xkurang jugak yang mencaci,menghina, mengumpat apatah lagi.. aku pun masuk jugak la kot sikit2..haha..tapi tak lah teruk sangat..memang naik menyampah jugak kan,tapi masih pikir positive..dia tak tahu..!mungkin suasana dia dibesarkan,persekitaraan dia, pergaulan dia dahulu memang macam tu..dia tak tahu apa yang benarnya..kita berdoa la banyak2 moga dia ditunjukkan ke jalan yang Allah redhai.. sampailah,masa minggu exam hari tu..sangat2 terkejut jumpa dia di luar dewan..!! Alhamdulilah,tu je yang boleh cakap masa tu.. sangat lain..dia pakai jubah,dengan jilbab labuh!!!labuhhh...labuh dari orang2 yang duk mengata dia sebelum ni!!!  muka suci bersih tanpa solekan..sangat cantik.. see? bagaimana orang tu dihari yang akan datang kita tak tahu kan..berpada2 la nak mencaci.. lebih baik berdoa untuk dia and kita dari terus mengutuk..jangan rasakan diri kita ni terlalu baik,hebat sampai rasa tak perlukan nasihat,teguran..~ sama2 muhasabah diri masing2...nasihat menasihati lah dengan baik dan dengan kasih sayang, kerana kita semua dilahirkan dengan fitrah yang suci,bersih dan baik..^___^

Tuesday, January 29, 2013

I Miss You d TV9~!!

do watch K-drama I MISS YOU di tv9~!! setiap hari isnin dan selasa jam 8.30malam.. tv9 baru memperkenalkan slot Chamsarang, khas untuk cerita drama korea... dan IMY adalah drama pertama yang memenuhi slot itu.. ^___^
sila tonton..sure akan tertarik!!!!

http://www.tv9.com.my/happenings/press_release/Chamsarang_Antara_Cinta_dan_Dendam.html ~~!!


Chamsarang: Antara Cinta dan Dendam
Pada bulan Ogos yang lalu, TV9 telah menghasilkan satu slot istimewa buat peminat setia filem-filem Korean yang diberi nama Saranghae. Sambutan yang memberansangkan daripada penonton terhadap slot tersebut, telah mencetuskan idea kami untuk menghasilkan satu lagi slot istimewa bagi drama bersiri Korea yang diberi nama Chamsarang, tanpa mengabaikan slot drama tempatan tanahair iaitu Skrin Di 9, Ratu dan Aurora.
Sebagai permulaan, slot Chamsarang akan menayangkan drama bersiri yang diberi nama ‘I Miss You’, dan bakal menemui penonton pada setiap Isnin dan Selasa, 9.30 malam, bermula 28 Januari ini. Drama yang dibintangi pelakon popular Korea seperti Park Yoo-chun, Yoon Eun-hye, Yoo Seung-ho dan Jang Mi-in Ae, masih lagi disiarkan di Korea pastinya membuatkan anda terpaku di depan tv!
Drama bersiri yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang kehidupan Lee Soo-yeon (Yoon Eun-hye), yang sering dipukul oleh bapanya yang kaki mabuk. Suatu hari, bapa Lee Soo-yeon telah ditangkap kerana membunuh. Sejak itu, dia menjadi bahan ejekan dan diganggu oleh rakan-rakan sekolahnya. Lee Soo-yeon berasa amat tertekan dengan kehidupannya sehinggalah dia bertemu dengan Han Jung-woo (Park Yoo-chun) yang sentiasa menjadi penyelamatnya ketika diganggu. Tanpa disedari, mereka telah saling jatuh cinta.
Han Jung-woo merupakan anak kepada seorang ketua kongsi gelap yang berpengaruh dan mempunyai ramai musuh. Suatu hari, Han Jung-woo dan Lee Soo-yeon telah diculik oleh ibu kepada Hyung-joon. Penculikan itu adalah bermotifkan dendam. Ibu Hyung-joon merupakan perempuan simpanan kepada datuk Han Jung-woo. Kematian datuk Han Jung-woo telah menyebabkan bapanya berebutkan harta peninggalan mendiang. Namun kelicikan ibu Hyung-joon, telah membuatkan dia berjaya memindahkan sebahagian besar wang kepada dalam akaun Swiss.
Ibu Hyung-joon merancang untuk untuk meninggalkan Korea dan sebab itulah dia merancang menculik Han Jung-woo. Penculikan tersebut telah menybabkan Han Jung-woo terpisah dengan Lee Soo-yeo dan Han Jung-woo menyangkakan kekasihnya telah mati.
14 tahun berlalu dan kini Han Jung-woo telah menjadi detektif siasatan jenayah. Hasrat Han Jung-woo hanyalah satu, iaitu mencari Lee Soo-yeon Dia yakin kekasihnya itu tidak mati. Firasatnya tepat kerana Lee Soo-yeon kini telah menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal. Tanpa diduga, Lee Soo-yeon kini bercinta dengan Hyung-joon. Semasa ke luar negara, Hyung-joon telah melanjutkan pelajaran hasil duit yang diambil oleh ibunya daripada keluarga Han Jung-woo. Kini, Hyung-joon merupakan seorang yang kaya dan berjaya dalam hidup.
Sekian, lama berada di luar negara, akhirnya Hyung-joon pulang ke tanahair. Namun, kepulangan Hyung-joon hanyalah untuk membalas dendam terhadap keluarga Han Jung-woo kerana bapa Han Jung-woo telah membunuh ibunya akibat daripada perebutan harta. Untuk mengelak daripada dikesan, Hyung-joon telah menyamar sebagai Harry Borrison.
Berjayakan Hyung-joon dengan misinya? Dapatkah Han Jung-soo mencari kekasih hatinya Lee Soo-yeon? Semuanya akan terjawab di dalam Chamsarang ‘I Miss you’ yang bakal menemui anda semuapada setiap Isnin dan Selasa, 9.30 malam bermula 28 Januari ini


Monday, January 28, 2013

Non-Glitterati T__T

Aku kan buta IT sikit...sikit jelah.. Mana tahu, ada sesetengah iklan tu tak boleh dipasang sekaligus...huhu!!! terus bertukar status dekat nuffnang~ actually tak tahu pun,tapi kebetulan ada terbaca entry dekat satu blog tu.. patutlah,earning xbergerak langsung seminggu nie.. sekurangya kalau aku rajin update blog, dapatlah 25sen.. T_T so,sekarang dah padam iklan2 pesaing nuffnang lain.. harap maaf ya nuff..saya tak tahu... bagi balik status Glitterati saya!!!

Saturday, January 26, 2013

Jangan memotong disebelah kiri ~!!

Petang tadi berlaku sedikit kemalangan kecil...huhu... yang pasti bukan aku la yang drive...kakak ak drive.. kalau aku drive,mngkin trjadi kemalangan besar la kot... nauzubillah... Alhamdulilah semua okey je,tapi biasa la terkejut xhilang lg.

tadi keluar nak cari barang sikit... pas2 masa nak masuk cabang ke kedai tu, jam...bersusun kete..so,nak lintas kena tunggu dulu..tapi,ada kete ni baik hati,and bagi kita masuk dulu.. belok kanan,nak masuk cabang tu... ddoommm!! tepi aku..ada motor datang rempuh..trkejut smpai xingat apa2 jap masa tu.. dia potong sebelah kiri... dahlah laju...tak kan xtengok kot, kat depan ada cabang,pastu,jalan jam.. slow2 la.. sila baca peraturan memotong dulu:

13) Momotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok
- Berada di belakang (apabila ada halangan di hadapan dan akan menggunakan jalan di sebelah kanan).
- Melihat ke hadapan
  Pastikan tempat-tempat yang boleh memotong, tidak memotong di selekoh di garisan dua selari, dan pastikan tiada kenderaan yang datang dari arah hadapan atau jarak yang selamat untuk masuk semula ke kiri.
- Beri isyarat kanan
- Lihat cermin pandang belakang, tepi dan kawasan "Blind Spot".
- Menukar kepada giar rendah untuk menambahkan kekuatan untuk memecut.
- memotong di sebelah kanan, tidak boleh memotong sebelah kiri (kecuaili jika ada kenderaan di hadapan hendak membelok-ke kanan),
- Memberi isyarat kiri.
- Masuk semula ke lorong kiri dengan selamat (nampak kenderaan yang dipotong melalui cermin pandang belakang dan tepi baru bergerak ke kiri).
- Tidak memotong secara bahaya/ secara ZIG-ZAG.

sumber: http://www.fieldcon.org/view_news.php?news_id=4

tapi budak lelaki yang langgar datang mintak duit nak baiki motor dia..ramai saksi masa tu, semua kata mmg salah dia,sebab potong sebelah kiri..tapi tetap degil!!!,cakap tu jalan dia..dia xtahu pun ada orang nak masuk.. eh,yang kitaorg pun,mmg jalan kitaorg jugak.. tapi budak tu xdelah keras/gedebe sangat pun,just desperate nak duit,faham je,student kan.dia cakap,dia student lagi,nak balik tempat blajar ni,tp motor kena repair dulu,xde duit..huhu... oklah,xnak bergaduh mak aku bagi jugak sikit..sikit jelah..mak aku cakap, "kalau ikutkan ni,salah awak,tapi disebabkan keadaan kita sama2 xtahu,kira sama2 salah la,,sepatutnya saling memaafi je..kereta kita pun banyak jugak nk kena baiki ni... tapi, xpelah makcik bagi jelah,kira sedekah..."  xnak brpanjangan n cari gaduh..budak2 skrang ni kan mana blh jangka..huhu..

tapi..anggap jelah sebagai dugaan kan..muhasabah diri jelah..manusia kan,ada sifat mcm2..pelupa,tergesa2...kelemahan tu kita terima jelah.. dan untuk peringatan dimasa hadapan.. !! hope okey semua..walau xde kcederaan fizikal,tapi otak terkejut lagi..aku n akak xkesah la sangat.. tapi mak tu,dahlah ada darah tinggi..mudah pkir2..sblm ni pun,kalau adik beradik nak p mana2,mmg benda ni la selalu dipesan berulang2,kalau dia ada sekali dalam kereta,mmg mcm cikgu yang mengajar masa nak ambik lesen dulu la, xbrhenti bagi arahan.. "slow sikit..org kat depan tu..eh,kuning dah traffic light, tengok ada tanda awas ni...and banyak lagi...." ..dah skrang dah kena kan,walau sikit,mesti pasni mak mcm ada trauma2 jugak sebb 1st time terjadi.. hope okey semua...yang mana mengenali baca entry ni, jangan risau la..xde pape pun... just doakan biar semangat dari terkejut tu pulih.. ^__^

Thursday, January 24, 2013

Sayang Rasulullah

Assalamualaikum ^^

12 Rabiulawal tahun gajah, maka lahirlah kekasih Allah, yang diberi nama Muhammad ibnu Abdullah. ( Walaupun,ada khilaf tentang tarikh lahir/wafat Rasulullah ni..tapi,tetap bulan Rabiulawal)

Baru je belajar fiqh sirah sem lepas.. ya,belajar fiqh Rasulullah ni sepanjang hayat,dari kecik sampai besar,tapi untuk pengajian formal tetap kena ada kan..dalam silibus2 buku teks tu.. kalau tak...hurmm..yang memang jenis rajin dan berminat dengan ilmu,boleh la diaorg cari buku2.. yang malas nak belajar sendiri tu,kena lah buat "paksaan" bagi dorang blaja.. at least ada jugak asas.. Daripada yang aku belajar sem lepas, macam banyak la jugak dapat pengajaran2 tu.. dulu pun blaja masa sekolah rendah,menengah,tadika, n dari kecik lagi didedahkan..tapi,masuk peringkat universiti,lebih mendalam..dan fikiran kita masa ni lebih matang..belajar tanpa paksaan. untuk peringkat yang lebih tinggi ni, ada tutorial,time tu lah..semua kena peka..sebab ada soal jawab, diskusi sesama kita.. Ustaz just bagi tajuk,sila lah semua buat perbincangan.. kat sini,tak lah aku nak cerita biodata Rasulullah secara terperinci,sebab semuanya sedia maklum kan..

Sekadar ringkasan: Rasulullah lahir dalam keadaan yatim piatu, ayah Nabi meninggal semasa Nabi dalam kandungan lagi. Lepas je lahir, kalau  tak silap, ibunya sempat menyusu 2 bulan (kalau salah betulkan), lepas tu diserahkan pada ibu susuan, Suaibah dan yang paling lama Halimatus Sa'diah. Sebab memang tradisi masyarakat Arab yang menyerahkan anak mereka untuk disusukan dan dididik di kampung,tempat yang bersih,segar dan aman. Dan selepas tu, Halimatus Sa'diah pulangkan Nabi kepada keluarga, selepas peristiwa pembelahan dada Rasulullah. yang ni berlaku semasa Nabi berumur 4tahun, tengah bermain2 dengan kawan2, malaikat Jibril turun membelah dada dan membersihkan hati baginda dengan air zam zam. Tujuan? ya,untuk membersihkan hati baginda sebagai persediaan untuk menjadi Rasul Allah nanti,dan menjadikan Rasulullah sebagai seorang yang maksum. Secara ringkasnya, selepas dikembalikan kepada keluarga, ibunya meninggal(nabi berumur 6 tahun), datuknya meninggal (nabi berumur 8tahun)..selepas tu Nabi dijaga oleh bapa saudara, Abu Talib.. bersama bapa saudaranya Nabi belajar berniaga, berkerja dan hidup berdikari. Sebab ditakdirkan ibu bapa baginda meninggal dunia adalah memang satu perancangan Allah,yang mana untuk menjadikan Rasulullah seorang insan yang cekal,tabah dalam menghadapi ujian,dugaan. Sebab dimasa akan datang,apabila dilantik menjadi Rasul,baginda akan menghadapi pelbagai dugaan. Dibincangkan oleh para ulama' juga, ditakdirkan Rasulullah menjadi yatim piatu ni,salah satunya sebagai menolak dakwaan orang kafir/yahudi, yang mengatakan ajaran islam yang dibawa Rasulullah adalah bukan dari Allah,ianya direka dan dipelajari oleh ibu bapa baginda. Jadi,itu lah salah satu sebab,hikmah Rasulullah ditakdirkan menjadi yatim piatu serta "ummi". Sehingga lah baginda berumur 25tahun, berkahwin dengan Saiditina Khadijah. Saiditina Khadijah yang mula dahulu menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Nabi,disebabkan terpikat dengan peribadi Rasulullah. Baginda dilantik menjadi Rasul semasa berumur 40 tahun. Ketika itu, Rasulullah sedang berkhalwat/beruzlah di Gua Hira'. (berkhalwat tu bermaksud mengasingkan diri dari orang ramai..dan Nabi berkhalwat  dan beruzlah di Gua Hira untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dan membina hubungan dengan Allah. pada zaman sekarang ni, beruzlah tu adalah solat,yang mana sebagai satu penghubung kita dengan Allah. selepas turun wahyu,dilantik menjadi Rasul, diperintahkan solat 5 waktu,Rasulullah xlagi berkhalwat dan beruzlah). Wahyu pertama dari surah Al-Alaq. Maka,dari situ bermula lah, dakwah Rasulullah,mengajak manusia kearah kebenaran, kembali kepada agama Allah yang benar,agama Islam. Bukanlah senang untuk menyebarkan islam kepada orang ramai pada masa tu,tambah2 lagi masyarakat arab Jahiliah masa tu,sangat taksub dengan penyembahan berhala. Ditambah dengan tentangan dari golongan Yahudi. ya,golongan yang sangat sombong,takbur dimuka bumi ni. Mereka yang pada asalnya pemegang kitab Taurat, tertunggu2 Nabi akhir zaman,sebab Allah dah ceritakan dalam kitab terdahulu, Taurat,Injil,Zabur, akan muncul Nabi akhir zaman yang mana ciri2 tu memang lengkap dinyataka dalam kitab terdahulu. Orang Yahudi ni dan pengikut kitab yang terdahulu tu, memang tertunggu2 dan akan mengikut ajaran Nabi akhir zama.Tapi,bila mereka tahu yang Nabi akhir zaman ni,bukan datang dari kaum mereka,bani israel, maka mereka menentang. sebab? mereka rasakan,kaum mereka lah yang paling kuat,hebat,bukan kaum/bangsa lain. berlaku la perubahan2 dalam kitab zabur,injil yag ditukar oleh rahib2/pendeta mereka masa tu,dengan tujuan supaya pengikut2 mereka yang akan datang, tak ikut Rasulullah. Boleh bayangkan,betapa susahnya Nabi nak sebarkan islam masa tu. tapi akhirnya berjaya jugak,bermula dengan pembukaan negara islam pertama di Madinah. seterusnya,berjaya masuk Mekah kembali,membersihkan segala amalan jahiliah dan menentang musuh2 islam. semua ni,dicapai dengan banyak keperitan. Hinggalah, tahun ke-11 hijrah, Rasulullah wafat.Yang mana ada riwayat yang menyatakan Nabi meninggal pada tarikh yang sama dengan kelahirannya, bulan Rabiulawal,hari isnin. (sebab tu, ada pelbagai pendapat tentang hukum sambutan Maulidurasal,sebab dinyatakan seolah2 kita meraikan hari kewafan baginda juga..nauzubillah.. tapi,niatkan dihati kita semua,sambutan ni untuk lebih lagi mengingati Rasulullah dan kalau benda ni bid'ah,biarlah menjadi bid'ah sunni..) Tapi sebelum tu, Rasulullah sempat menyampaikan khutbah terakhir di atas bukit Uhud,Arafah selepas menyelesaikan Haji Wida'(haji terakhir/selamat tinggal)pada tahun ke10 hijrah.  selepas kewafatan Rasulullah,perjuangan islam disambung oleh para sahabat dan khalifah. Waallahualam. kalau ada yang silap,minta diperbetulkan,mungkin ada tersalah maklumat atau terlupa..

antara isi kandungan dalam khutbah terakhir Rasulullah,boleh tengok video diatas,atau mana2 video..gugel pun blh..

nak cerita pasal perbincangan aku and the geng dalam kelas tutorial, antara persoalan2 yang dibincangkan adalah:
1) bagaimana untuk memupuk sifat sayangkan/ingatkan/jadikan Rasulullah sebagai idola kepada kita semua hari ni?
2)cara nak terapkan sunnah Rasul pada anak2 muda hari ni..dan orang tua jugak..
- (untuk soalan 1,2 caranya lbh kurang sama je, didikan dari kecik,ibu bapa memainkan peranan..cuba dari kecik kita ceritakan sirah nabi kepada anak2,biar dia rasa dekat sangat dengan Rasulullah,dan rasa sayang.dan banyak lagi kan cara2 lain,selebihnya bergantung pada diri kita.. ibu bapa bg didikan ckup dah dari kecik,tp bila besar kalau rasa xnak ikut,nak buat mcm mana..so,kesedaran diri sendiri yang palinga penting)
3)Nabi dibelah dada dan dibasuh dengan air zam zam untuk menyucikan hati baginda,tapi kita xkan nak bedah dada n basuh dengan air zam zam jugak kan..so,apakah cara untuk menyucikan hati kita semua?
- (paling senang dengan berzikir kepada Allah,ingat Allah sentiasa,jauhkan dari perkara2 maksiat)
4)bagaimana cara dakwah Rasulullah yang perlu kita contohi pada hari ni?
 - (dengan cara yang penuh berhikmah,walaupun dihina,dicaci,tapi Rasulullah hanya balas dengan senyuman..dan,biarlah kita yang menjadi qudwah hasanah, baikkan diri kita,agar orang senang nak ikut dakwah kita.. dakwah dengan peuh berhikmah,perlahan2 dan tidak mudah menghukum).
5)adakah konsep beruzlah/berkhalwat masih releven pada hari ini?
-  (yang ni soalan exam tahun lepas..,nasib baik xkuar dalam exam tahun ni,sebab aku xberapa pasti jawapannya..hahaa.sebab dalm buku mcm xde jawapan yang spesifik..just dinyatakan, sekarang solat itu sndiri adalah beruzlah, dan berkhalwatnya Rasulullah dahulu sebelum turunnya wahyu kepada baginda,jadi selepas turun wahyu,Rasulullah xlagi berkhalwat sebab sibuk untuk berdakwah..)

kalau sape2 ada pendapat,boleh la kongsi2.. ^__^

Salam Maulidurasul untuk semua umat islam.. tak kira lah,berapa hb sebenar kelahiran Nabi Muhammad, yang penting kita ingat baginda,sayang/cinta/kasih pada Rasulullah, ikut semua apa yang disampaikan baginda..sesungguhnya, di akhirat kelak, baginda lah, satu2nya yang akan kita cari untuk mendapatkan manfaat..
ingat pesan Rasulullah "aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara,yang mana jika kamu berpegang kepada kedua ini,nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu, AL-QURAN dan AL-SUNNAH"

#banyak2 kan berselawat.... segala perkongsian,pesanan ini adalah untuk peringatan diriku ini yang terutamanya... :-)



Wednesday, January 23, 2013

Novel Ustazah Fatimah Syarha

Diatas permintaan ramai,maka tercipta la entry ni..haha... ayat,kemain bajet... xde sape pun mintak secara rasmi..tapi,bila tgk dekat feedjit tu, dlm sebulan ni, ramai yang tersinggah blog sebab cari pasal novel ustazah Fatimah Syarha (UFS).. maka, sekarang nak review novel2 UFS yang aku dah baca.. dan jugak novel suaminya, Dr.Farhan Hadi.. ya,aku memang suka novel2 atau buku2 mereka ni.. nak2 yang UFS.. sebabnya, ayat2 yang digunakan beliau sangat cantik,elok...menarik untuk kita baca dengan lebih lanjut lagi..rasa macam nasihat dari seorang kakak yang lemah lembut dan penuh berhikmah..tahniah ustazah, rasanya ramai yang tertarik dengan cara penympaian ustazah,tak kira dalam buku atau ceramah..

Setakat ni dah habis baca 4 karya Ustzh Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi, iaitu: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasulullah, Denyut Kasih Medik, Cinta High Class dan Palestin Kami Datang.. yang lain beli sendiri,kecuali Palestin Kami Datang,jumpa kat libry,and pinjam..akn datang nk beli jugak,buat koleksi.



Untuk Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasulullah, buku ni nipis je.. dalam 88 mukasurat..tapi penuh dengan isinya.. sesuai untuk semua peringkat umur..esp remaja yang sedang mencari cinta... cinta yang tidak halal..sila la dapatkan buku ni. mcm mana digambarkan kisah Qaniah memilih cintanya untuk dijadikan cinta halal..dan ada tips2 untuk rumahtangga, bagaimana nak bina kerukunan tu,didik anak2.. tapi,semuanya diceritakan secara santai dan diselitkan kata2 hikmah.. 

Denyut Kasih Medik pulak, karya Dr.Farhan Hadi,bagi aku lah, buku ni sebenarnya WAJIB dimiliki oleh para doktor atau bakal doktor!! orang lain pun mesti dapatkan jugak,tp bagi doktor2 diluar sana sila lah baca buku.. watak Dr.Muslih yang perlu dicontohi. doktor muda yang sibuk dengan segala tugasan,tapi tidak lupakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah..dan banyak jugak diselitkan fiqh2 perubatan, wanita, dan perubatan moden..lengkap..sangat xrugi kalau beli. tak lupa, ada juga kisah cinta disebaliknya..tapi bukanlah kisah cinta biasa..tapi luar biasa.. WAJIB juga dibaca oleh semua para LELAKI diluar sana.. bagaimana dia meluahkan rasa cintanya,bagaimana cara dia mendapatkan seorang perempuan tu, semuanya dengan cara yang terhormat! sebenarnya, kalau baca, Denyut kasih Medik ni versi hero, dan Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah versi heroin... ^^ 

akhirnya,kisah mereka digabungkan dalam "CINTA HIGH CLASS" .. sangat best!! Cinta High Class ni, boleh dikatakan sambungan dari 2 novel yang sebelum ni.. tapi ni ceritanya lebih detail..fokus hanya pada cerita cinta.. kalau Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah, diceritkan juga bagaimana Qaniah  menghadapi tugasan2 di universiti,tips2 belajar, cara pergaulan dengan kawan2, cara kerja dan lain2.. sama jugak dengan Denyut Kasih Medik,banyak pasal fiqh2,,,perbandingan fiqh islam n moden..persamaan, dan kisah2 pesakit..bagaimana Dr.Muslih merawat pesakit2 sepanjang tugasannya, cerita juga pasal persahabatan dia,bagaimana dia berdakwah dengan kawan2 yang jauh dari Allah n lain2..kisah cinta tu,hanya diselitkan... jadi, dalam Cinta High Class la, penulis kembangkan,detailkan kisah cinta tu dari awal sampai akhir... tapi tetap ada tips,nasihat2 untuk mencari redha Allah,mencari hebatnya cinta Allah.. Cinta Qaniah dan Dr.Muslih tu adalah cinta kerana Allah.. mcm tu la digambarkan kisah mereka..sangat sweet dan menyentuh perasaan.. selain tu,dalam karya2 USF mahupun Dr.Farhan, aku perasan, mereka ni sukakan ilmu..ya,suka mencari ilmu..banyak sangat dinyatakan buku2 yang menarik untuk dibaca, kitab2 untuk dikaji,diambil ilmunya... sila la baca..pinjam atau beli ke..yang penting dapat jugak ilmunya.. ^^
seterusnya untuk buku Palestin Kami Datang.. serius, xtipu, aku baca macam turut sama join misi untuk ke Palestin tu..dan alami situasi kat sana.. cara penyampaian,penceritaan tu sangat dekat dhati,,biasa,kita mudah bosan kan untuk baca buku mcm ni,yang dikatakan agak berat,susah nk faham la..tapi dengan penulisan mereka ni,ya..sangat dekat dihati,mudah faham..boleh menangis baca,sebab rasa termasuk sekali dlm cerita tu... pergi la cari kat kedai...dalam rm16 je.. tapi, penulis2 lain pun best...yang menulis tu mestilah banyak ilmunya dan ada cara penyampaian masing2..semua bagus..masing2 ada gaya tersendiri kan.. so,jom la sama2 kita semaikan sifat suka membaca.. ^____^

btw, ada 2 lagi novel USF yang ada dalam koleksi aku.. Sebarkan Cintamu dan Tautan Hati.. 2 novel ni agak tebal.. dalam 500-700 mukasurat.. aku tak habis baca lagi..so,xleh review...beli tahun lepas lagi,tp xdapat nk habiskan lagi...kena ambik waktu khas..sebab nk fokus baca tu,xnak langkau2.. nnti akan di review lg.. okey..sekian.. 

#skema je rasa ayat aku untuk entry ni..haha

Tuesday, January 22, 2013

I MISS YOU

Janji tinggal janji... ingat nak update blog hari2.. tapi,ada la halangan2 tu... (MALAS y utamanya.. ^^)

okey...nak buat review pasal kdrama- I MISS YOU~ baru je habis hari khamis lepas.. dan jumaat tu,aku dah siap tengok habis! laju....tengah menganggur ni kan..
Cerita IMY ni,tema dia melodrama..ataupun dlm BM, drama yang menyayat hati g2,banyak konflik(ak trjermah sendiri)..hehe...
pelakon2 nya...~!!!

adik Yeo Jin Goo..16tahun..dia bawak watak Han Jung woo zaman remaja..suka tgk dia berlakon,mmg best.. 
ehem...sape la ni..haha....Park Yoochun.. bawak watak Han Jung Woo dewasa.. (main act)
kim sohyun..anak angkat yoochun..>< rapat bebenor dorang ni...jeles ak..tp baru umur 14 tahn ni.. budak ni, bawak watak Lee Suyeon waktu remaja..

Yoo Eunhye.. bawak watak Lee Suyeon masa dewasa.. so,dia lah heroinnya,berpasangan dengan Yoochun..

dan untuk pelakon2 lain, boleh tengok kat sini, http://asianwiki.com/I_Miss_You_-_Korean_Drama .padahal blh je bagi dari tadi..tapi,saje nak panjangkan entry,letak gambar2 ..hahaha..okey layannnn~!!!

Bermula masa umur dorang 15tahun... Lee Suyoun(LSY), masa ni, blh dikatakan dia dipulau oleh kekawan,sebab ayah dia pembunuh(padahal xpun,tp sbb polis tu buat keje xbetul). so,xde sape nak berkawan dengan dia..mmg kesian la tengok dia,dengan jiran2 pun sama,hina dia n mak dia..nasib baik mak dia jenis brutal sikit.. dan Han Jung Woo(HJW) anak pemilik bank..kaya..tp xdapat kasih sayang..ayah dia gila duit je.. dari kecik,umur 8tahun,dia dh dihantar ke Amerika.. sampailah umur 15tahun,baru balik Korea.. dia balik Korea, malam tu,dia jalan2..dan ternampak LSY kat taman permainan.. dari situ la dorang start berkawan.. LSY pulak rasa terharu n special sangat sbb HJW org pertama yang sudi berkawan dengan dia w/pun lepas tahu dia anak pembunuh... tengok la sendiri...mmg comel je dorang ber2 tu..pandai berlakon,kalau part sedih tu,blh nanges2.. 




klimaksnya, dorang kena culik, ni sebab ayah HJW tu yang gila duit,dia cederakan adik tiri dia (Joon-anak perempuan simpanan datuk HJW kot,atau mybe dah kawen..) kiranya mcm nenek tiri HJW la..haa..nenek tiri HJW ni la y upah orang suruh culik HJW..tapi LSY pn kena sekali.. dan y paling tragis, LSY kena rape.. lps tu,y nk dijadikan cerita nya, HJW berjaya selamatkan diri,tp dia xbawak kuar LSY sekali..dia kuar sorang2 je..sebb terlalu takut..tp dia tetap kuar tu untuk cari bantuan,dia call ayah dia..n ayah dia n mintak tolong selmaatkan LSY..ayah dia dtg,tp xselamatkan LSY pun..dia bakar tempat penculikan tu,n cakap penculik dah bawak lari n bunuh LSY.. tp HJW percaya..dia yakin LSY masih hidup... 14tahun dia hidup dalam bersalah,mcm orang gila cari LSY..n decided kuar dari rumah, pegi tinggal dengan mak LSY,sbb dia rasa bersalah sangat2..n janji dengan mak LSY untk cari LSY.. LSY sbenarnya selamat.. orang suruhan nenek tiri HJW ambik jaga dia..bukan sbb saja nk jaga,tp takut rahsia dorang terbongkar.. dan ada sekali masa tu Joon/Harry,anak permpuan simpanan datuk HJW..kiranya pakcik HJW la,tp muda pada dia.. Joon yang nak sangat jaga LSY,dia suka LSY..tp agak psiko sikit.. misi dia nak balas dendan pada kluarga HJW,so dorang ke Perancis, n buat LSY lupa kenangan2 silam ni... dia bagi nama baru untuk LSY , Zoe.., nama Joon jadi Harry..and makcik suruhan mak dia jadi Michelle Kim.. 14years later..... HJW dah jadi polis.. LSY as fashion designer... dorang mula bertemu balik dekat rumah Joon/Harry, sebb Michelle Kim ditemui mati dalam rumah tu...dari situ la bermula nya..banyak konflik2 y datang.. LSY yang xmengaku dia LSY sbb still ingat HJW tu sesaje tinggal dia dulu..tp HJW dari awal dah kesan, Zoe tu adalah LSY.. 


masa kena culik



Joon/Harry

dah besorr~!!
HJW tinggal dgn mak LSY.. sweet!! dia pnggil mak LSY ni, "einnn" y bermaksud "girlfriend".

tengok la sendiri..adalah banyak kes2 tu.. dengan Harry yang dendamnya mmg xluput...sakit hati tengok dia..dia dh mcm pembunuh bersiri,brape orang dah dia bunuh,y mana berkaitan dengan masa silam dia dulu..tp dlm masa y sama,kesian jugak kat dia,sebab dia jadi mcm tu,kesnya ayah HJW y tamak dan mak dia sendiri yang tamak jugak.. sampailah akhirnya,terlerai satu2 persoalan2... LSY and HJW bersatu balik..biasalah citer, mestilah bersatu  jugak last tu... cumanya,jalan citer y nk membawa kepada penyatuan tu yang berbeza.. untuk citer IMY,aku bagi 90%~!!! best!! bukan sedih semata2.. tp ada lawak jugak.. and banyak kpd terharu,nak2 terharu dengan HJW..  pengajaran pn ada. iaitu: "duit bukanlah segala2nya..kuasa bukan segalanya.. kbahagiann y penting. satu kesilapan dari kita,mgkn mmbwa khcuran untuk org lain".. ^^ tu je kot nak citer.. malas dh nk karang pnjang2.. tengok sndiri.. haha... kalau nak copy pun blh,sila dtg umah..keke.. ataupun nk mntak aku tolong burnkan dlm cd and post pn blh,tp ada charge la.. haha.. okey bai...letih dah menaip pnjang2... 

joonie...last sekali, dia mcm hilang ingatan kot..kesian,nanges tengok part dia ni..tp tetap puas hati,sbb dia xmati or masuk pnjara... bukannya salah dia 100% jd mcm tu.. dpt tgk senyuman dia akhir tu dh puas ati.. baik hilang ingatan je,dari ingat kenanga2 y menyakitkan tu... sswaa~~ ^^
kawen kan diri sndiri...ada ke...mmg gila2 kapel ni..!!! 

pas2 ambik gambar,anta ke mak,sedara2.. trkejut la famly dorang tgk kawen sndiri tetiba..haha.. tapi suuka penyepit rambut LSY tu..!!

trademark citer ni... "SSWAAA~~" kira,dia buat mcm ni,mcm nak padamkan memori2 pahit pada  org tu... 

Thursday, January 17, 2013

KIM JAEJOONG is MINE

yea...
sape2 fans JYJ.. KIM JAEJOONG... kalau dah peminat mesti la tahu KJJ keluarkan mini album... 5 track.. main genre ROCKjae... tapi ada jugak ballad.. JJ mana boleh dipisahkan dengan ballad..aku pun,xlah masuk sangat dengan genre rock.. kecuali kalau rock jiwang g2.. mini album JJ ni namanya MINE... ad 2 genre rock... "one kiss" and "mine".. tapi,aku lebih suka one kiss..addicted g2 nga jaejoong one kiss..hik2.. tp semua best!!!!..dah nama JJ y nyanyi... tp "mine" tu,setakat ni aku tak boleh masuk lagi nga muzik dia..luv da MV(wlaupun ada y xsuka,sbb seram)...tp ak lbh suka MV dari lagu tu..haha...tp lirik dia menusuk kalbu...mengata SM gamaknya..haha...
sila la dengar korang...yang tak download lagi..boleh download..click link dibawah:

http://www.mediafire.com/?leucr2f4o3ceaik

kalau nak lirik and english trans boleh tengok sini--> http://hyesmemories.wordpress.com/
MV untuk "MINE" yang seram tu...banyak binatang dalam tu..nak bukak kedai binatang agaknya... n JJ dlm tu,ak xtau dia nk jadi apa sebenarnya.. Vampire or Angel??



Junsu dan kuarkan solo album... Jaejoong pun dah ada solo album,wlaupun mini.. so, Park Yoochun,anda bila lagi??? drama dah 4 berlakon...semua main actor.. skrang,IMY dah tamat.. sila kembali ke pangkal jalan.. u'r singer ...arraso?? (boleh je berlakon...tapi nyanyi jgn lupa... bogoshipo ur voice.. ^__^ )

tepung dah jadi pancake

see??? habis hilang widget2 blog ni...
tu la..ngada2 nak ubah template la...nak design comel2 la... ambik nak...hilang terus semua.... siyes malas nak ngadap benda alah ni...nak cari semua aplikasi2... lantak la...kalu rajin aku buat balik..kalu x,biar jelah gnie selamanya...huh..
=_______=

Wednesday, January 16, 2013

deulini ?


segala apa yang akan aku cakap ni,bukanlah ditujukan kepada sape2.. tentang isu semasa sekarang ke...atau membabitkan mana2 pihak.. tapi secara umum..dah lama nak bagi pendapat sendiri...just tak sempat nak duduk mengarang...

okey... aku pinjam kata2 dari sorang ustaz yang mengajar aku tu... dia cakap, "kita ahli akademik,so, jadi lah ahli akademik yang layaknya dikatakan sebagai seorang yang terpelajar..." .. so, seorang yang terpelajar yang guna akal fikiran untuk berfikir...tanpa bergantung pada pendapat orang..bukan maknanya kita tak boleh dengar pendapat orang,boleh...ambik setiap pendapat orang..maka,tengok dengan mata hati..nilai...dan buat keputusan... bukan hanya kita bias terhadap sesuatu pihak yang kita suka..tak kira perkara yang dibuat itu betul atau salah... kekadang bila kita tengok,rasa macam orang tu tak ada pendirian.. satu isu dibangkitkan, ketua mengeluarkan pendapat...dan anak2 buah ikut... eh, esok lusa pendapat berubah lagi,dan anak2 buah pun ikut jugak..padahal,sebelum ni, pendapat yang kedua tu dorang keji,cakap salah, bla..bla... tapi,bila bias kita cakap ya, maka kita pun iyakan jugak... mcm  xada pendirian.. just cakap,mana yang kau rasa betul and mana yang rasa salah...bukan ikut apa yang orang cakap... ada pulak yang kurang ilmunya,mahu bercakap jugak...kalau kat fb lagi senang..copy paste je pendapat orang...oh,mcm hebat la kau...orang duk komen2...tapi bila kita tanya,terus cakap nak cari gaduh... bercakap tanpa ada asas, mcm tu lah jadinya.. so,sebelum bercakap,cari asas,hujah dahulu...baru senang nak berhujah.. bukanlah dikatakan bertaklid secara membabi buta...mengikut tanpa ada ilmu.. taksub,fanatik pada sesuatu yang kita suka... boleh jadi perkara tu baik... dan boleh jadi jugak perkara tu ada yang tak baik... manusia..tak ada yang sempurna,kekadang ada silapnya... yang mana dia silap,sila betulkan..
contoh la... ada 2 kelab... kelab A and kelab B, kita berada di kelab B...sebab kita rasa kelab B lebih baik dari kelab A... ok,tak ada masalah...setiap orang ada pendapat dan berhak memilih.. tapi,bila timbul sesuatu isu, tak boleh kita untuk terus mengambil pendapat kelab B ni... sila keluar sejenak, berada ditengah2... jenguk kelab A sikit, jenguk kelab B sikit... buatlah penilaian.. guna akal,hati.. bukan nafsu semata2.. kalau rasa kelab B betul,kita ambik..tapi kalau rasa kelab A yang betul dalam isu ni, xsalah untuk kita ambil pendapat kelab A kan??? bukan bermakna kita ambil pendapat kelab A,kita kena keluar dari kelab B... this is da way orang yag berpelajara bertindak...
tapi,bila tengok sekarang,semua bertindak tanpa berfikir..mengikut tanpa berfikir.. mengata tanpa berfikir... Allah jadikan kita as khalifah dimuka bumi ni...sebab tu kita dikurniakan akal fikiran...ya,untuk berfikir.. kalau nak dibandingkan dengan binatang,Allah tak jadikan mereka sebagai khalifah,so dorang xde akal..ada otak sahaja.. tapi,kita yang diberi tanggungjawab sebagai khalifah inilah yang akan dipersoalkan kelak..benda ni la yang perlu sama2 kita fikirkan... so,untuk entry aku ni, aku tak tujukan untuk sape2,isu apa2...jadi,gunakan akal masing untuk menilai..untuk meletakkan,dimana situasi yang patut kita gunaka akal kita... ^__^

"maka,beruntunglah orang yang nafsu dan akal dikuasai oleh iman, dan maka rugilah,orang yang akal dan imannya dikuasai nafsu" wallahualam~



p/s- maksu deulini= listen me!- hahahaha..no komen...

Tuesday, January 15, 2013

konvo Day

Sebulan lebih sudah berlalu... my konvo..(diploma)..
tapi masih gigih ni nak bercerita... untuk catatan dihari tua..^^
Konvo tu berlangsung pada 2/12/2012... cantek tarikh..
aku kena sesi petang...so,dari rumah,bertolak dalam 9lbh g2..
smpai sana dalam pukul12 t/h, sempat la makan tengahari n siap2..
perasaan?? nak kata excited tu tidak lah... xrasa pn nk berkonvo2 nie..
bukanlah kata xrasa happy langsung...tp biasa2 je..
sekadar memenuhi syarat n untuk kenangan jugak...
mungkin jugak sebab aku still continue study untuk degree...
so...xlah terasa teruja sangat...
pape pun....tetap melapangkan dada....n enjoy my day~~

mahu citer...masa nak naik ambik dip dgn Dato naib canselor..
malu jugak la kan...berapa ribu mata tengok...org tengok aku xkisah sangat..
tapi paling kesah takut neves xtentu pasal,lalu tercabut topi, tersadung ke...malu2..
tapi alhamdulilah...ok je semua..
walaupun, mula je org sebut nama aku...n kaki melangkah tu, terus xingat apa2 dah..rasa mcm kena pukau pun ada...terus je pergi...fokus,ingt step... n mmg xingt benda len dah...kamera ke..nak senyum ke...turun tangga tu baru la sedar balik... "eh,dah ke??"... lega ~~~ and pasal gambar konvo tu...huhu.. huduh la...
photographer tu xpndai ambik...kalau gambar aku sorang huduh xpe jugak..blh kata aku bukan photogedikgenik.. tapi gambar orang lain pun sama... xmenjadi semua... semua diambil masa org x standby... kawan aku tu, daripada 6 keping gambar y dia ambik, 5 daripadanya semua pejam mata...masa nk ambik scroll, masa berjalan, masa nak turun.. just masa nak naik tu satu je ok...y len pejam mata.. aku pun ada satu tu pejam mata..masa nk ambik scroll,hmm...muka mcm apa ntah... xsanggup nk letak sini... and pencahayaan pn ada masalah kot..gelap semacam je.. xbersinar2.. haha..biar la...benda dah berlalu...at least ada jugak kenangan..tq abang n akak photographer... ^___^

lepas selesai je semua tu...dalam 4.45 petang... kuar je dewan... la...hujan rupanya..tergendala rancangan nak ambik gambar... n disebabkan dah petang jugak, ramai y tergesa2 dah...nak balik..mak ayah dorang jauh kan...semua kelam kabut.. gambar ramai2 mmg xde... ambik gambar nga kekawan sorang 2..tu pn sikit2 je..
nga family pun,sempat la 2,3 keping ambik bawah hujan...jadik lah.. nasib baik, xdelah teruja sangat sblm tu..kalu x,kecewa...huhu...
just esok tu...ada kawan aku yang xsempat pun ambik gambar masa hari konvo tu, ajak p pantai...photoshoot sana...terengganu kan dikelilingi pantai... >< ..
bergambar la kami barang sekeping dua...untuk kenangan dihari tua...
secara kesimpulannya(mcm essay dah)...okey lah...orang nak raikan kita hari tu.. so,kita pun join...tapi bukanlah rasa mcm, oh, dah konvo,sangat hebat...hari y paling gembira bagiku...tidak2... tu hanya sebagai permulaan sahaja.. permulaan untuk menempuhi lebih banyak lagi perkara mendatang... sekrang untuk degree, nnti nak buat master plak,phd ke...kerja lagi...dan...scroll tu bukanlah segalanya..bukanlah penentu kejayaan kita..tu sebagai tanda penghargaan sahaja... adakah kita dah dikira hebat dengan pegang scroll tu?,xkira la dip,degree,master ke... tak...kejayaan bukan datang dari scroll semata2..tapi dari diri kita sendiri... dan bukanlah jugak dari nabasiti je(ikut ustaz azhar)...but, dimana2 sahaja kita boleh dapat kejayaan..asalkan ada semangat n kemahuan... serta yakin dengan qadha' dan qadar Allah.. Wallahualam~~

layan pics..... ^__^

buat dekat stadium Gong Badak... dewan U tengah renovate.. 

percaya atau tidak...ni je satu2 nya gambar aku secara individu dekat tempat konvo tu... masa ni tengah hujan...gagahkan diri nak ambik gambr

tq mak..ayah... luv u~ <3 td="td">

photoshoot di pantai bermula~




bunga aku yang ada bear tu...^^

dapat jugak simpan bear n bunga sekuntum ni.. orang lain,beli bunga fresh, seminggu jelah blh simpan.. haha... y aku punya,akak ak beli, ada bear, ada bunga palsu(dari span), tapi daun2,batang dia y ori..fresh... dapat simpan yang ni pn ok lah..


Monday, January 14, 2013

selamat tahun baru

bismilahirahmanirahim~~

1st entry untuk tahun nie... 14hb...baru sambut tahun baru... haha..
xberkesempatan nak update blog..(aku xupdate setahun pn,ada sape kesah??) ><
start 30/12/12 aku exam...final exam..till 9/1/2013.. rabu lepas last..
khamis petang terus balik..lepas kemas2 smua bilik...
mcm mana exam??(soalan y selalu org tanya)..jawapan aku mudah..
"boleh je...boleh tulis smua..." bagi ak,asal ak blh tulis,isi smua jawapan, kira boleh jawab la tu... betul salah cerita len... kan setiap org ad pndangan..
yang ditulis itu pandangan masing2...so..setiap pandangan itu adalah betul..
okey..dah...xnk citer pasal exam dah... rasa dh buat terbaik..hrap2 smua ok..amin~

disebabkan masa exam 2minggu tu..aku pegi hostel tanpa bawak laptop..
balik umah,rindu gila kat laptop..bukak2,..terus blur..xtahu nk buat apa..
nk lepak2 kat fb,twitter ke...mcm xde nafsu dh.. nk update blog pn xde mood..
malas nk pkir2...nak menulis..dah penat menulis 2mnggu lepas..

rehat2,tgk citer jelah...jumaat tu, habis satu citer aku tgk..20episode..
citer innocent man... haha... ofkos k-drama.. joongki n kwangsoo berlakon..
yang len2 aku xkenal..
ok la kot citer dia... brkenan nk tgk sebb pertama, Junsu nyanyi ost untuk citer ni..
kedua sbb joongki n kwangsoo... ketiga sbb tgk kak muniey duk gila2 tgk.. (siapakah kak muniey?? hak2)... xtahu la dia giler tgk sbb mr kim dia nyanyi dlm citer tu,atau mmg nk tgk citer tu...
citer dia,nk kata berat sangat xlah jugak... tp boleh la... pasal nice guy, yang berkorban untuk sorang ppuan y dia suka...dia asalnya seorang student medic,bakal doktor...tp sbb gurl y dia suka bunuh org(sengaja atau x,xtahu,ak skip2 je).. jadi, dia rela berkorban,cakap dia y bunuh...so,masuk penjara,kena buang dari blaja... n lepas tu bermula la citer...dia dh xjadi nice guy dh secara zahirnya... selebihnya, tengok la sedikit... citer ni,xlah plan nk tgk dari awal..tp duk tengah blur2 tu, trnmpk "innocent man" y baru je copy dari kawan mlm sblm tu..terus bukak tgk.. padahal banyak lagi citer len y aku xhabis tgk... king 2 hearts, queen inhyun man, 3rd hospital...dh berbulan2...duk tengok takat 3,4 episodes je... dsebabkn dulu tgk masa tngh banyak keje...xboleh nk habiskan...
oh..pasal kdrama jugak... x citer pun lagi kat sini, yang my yoochunnie berlakon citer baru... mbc punya drama... dh lama..citer ni ditayangkan bulan 11 lagi.. next week dah tamat..ad 2 episode lgi... aku tgk smpai ep16.. y slbhnya, nk tgk nnti smua ep complete next week...baru best... citer ni tajuk dia, I MISS YOU... nnti aku review lepas tgk smua.... tp citer ni sangat2 best oke..bukan sbb bias berlakon,tp mmg best!!!!!! hohoho...ok,stop pasal drama..

innocent man

sekrang, aku cuti dlm 5 minggu (kot)..
jujur...xtahu berapa hari bulan aku kena masuk blaja balik..haha..
just dengar kawan2 cakap, lepas raya cina... oo...lbh kira 4-5mnggu la ka..
malas nk ambik tahu... nnti2,buka fb,tgk smua duk kecoh nk kemas2 barang tu, 
kira dh smpai la waktu kembali ke sana... 
sekarang cuti..kita rehat betul2... xpayah buat apa2...
nak layan drama...novel...rehat...try2 resepi best...baca blog..update blog... hangout(kalau ad duit)... (xperlu la nk mention kebaikan y ak nk buat kan..kan riak pulak...hahaha...)..
dan...tahun baru ni,ramai yang tanam azam masing2... mcm2 azam..
dulu2 aku main jugak la tanam menanam azam ni...
tpi bila habis je tahun,mcm xde hasil je...jangan kata buah,daun nk kuar... akar pun xde...so,xde dah pasang tanam azam ni tiap kali tahun baru..
berazam la hari2 dengan satu azam je .."moga esok lbh baik dari hari ini".. ^__^

#tp untuk blog ni,nk jugak pasang azam...azamnya... aku cuba update blog hari2... buka sebb bajet glemer ad org nk baca...tp sbb nk catatkan apa y aku buat or rasa pada hari tu.. nnti tua2 baca balik...

Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC). Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini. Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sek...