Wednesday, May 30, 2012

perasan tapi ikhlas part 2


ada part 2??? hahhahahahha.. who care..

2 malam lepas..
aku duk meroyan kat twitter..
sebab sedih kan,Rooftop prince dah habis..
duk meluahkan kat si 6002 tu..
saje jelah,duk tweet banyak2 kat dia..
tanya, ye dok RP tamat dah.. tlg sambung lagi..miss RP..bla..bla..bla..
n then dlm 15minutes lepas tu, dia tweet..
tkejut gak..sebab dh kul4 pagi waktu korea masa tu..
x expect dia akan online..
dia tweet, y mana maksud dlm bi nya adalah:

"If I could grab that pair of hands… doing things together… just once while I’m still living… I will once again go there to show you my new drama."-6002theMicky

bukan direct tweet for me la kan. okey,tahu..bukan aku sorang je yang sedih n nk tgk dia next n next week lg..tp beratus ribu  kot fans kt luar tu duk meroyan sama..hmm..just saje nk perasan, sebab dia tweet ni,lepas aku tweet dia.. ksimpulannya, tweet tu for me.. !!!!!!!!!! kekekekekee..




yeaa..power rangers.. xtahu sape edit..tp en 6002 y upload..ntah dia google kot.. hahhaha..


Sunday, May 27, 2012

End

now..dah tamat.. 20episode.. =_________=
sedih sangat2.. huhuhuhu..
no Lee Gak, no Park Ha, no YongSul, no Manbo, no ChiSan..
no Joseon F4 Power Rangers..no Crown Prince..
laugh..tears..no more..for Rooftop Prince..
the best KDRAMA for me.. #1 ranking !!
xtahu nk cakap apa..tp rasa kehilangan je citer ni dah habis..
rasanya mcm aku minat LeeGak lagi dari Yoochun..hihihi..
xleh trime hakikat..huh... season2 please.. xpun special Rp..

for ending..depend pada diri masing2..
kebanyakan cakap happy sad ending..
aku suka je ending dia tu..
just kalau blh nk lebih lagi.. hahhahaha..
kalau sambung 2 episode lagi ke..
ending with, Taeyong body with Leegak memory..^^
just nice..kena tengok sndiri baru blh faham n hayati..
tapi still, tengok ep last tu..mmg banyak gak ak nanges..
(normal la..ak mmg mudh nanges tgk citer..)
untuk Rp,bukan kata scene tu sedih sangat..
tp lbh pada terharu..sedih pun sbb dh habis..

20 episode..start 21/3/2012 - 24/5/2012 ..
dari aku start cuti ari tu..RP menemani...
dats why rasa kehilangan je sekarang..
even just drama..citer semata2..
tapi banyak y aku blaja dari drama ni..
dapat pengathuan jgak la sikit2..
w/pun banyak xlogik..y blh ambil,kita ambil..
n as entertainer diri sndiri.. ^^
Thanks Rooftop Prince..


Taeyong body.........



Leegak memories.......





^____________^

Wednesday, May 23, 2012

Segmen Review blog by HudaHud

contest lagi.. ^^
disebabkan kali ni dijemput oleh tuan blog sendiri, so kena buat cepat2 , disamping untuk support Huda punya segmen ni..


untuk sertai dan tahu lebih lanjut tentang contest ni..sila la ke blog beliau.. HERE!! moga bertuah untuk jadi blog pilihan Huda.. >___<



Tuesday, May 22, 2012

segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup

dah lama xmasuk contest..
kali ni hadiahnya adalah topup..!!!
tengah menganggur ni..boleh sangat la..
sebab xde duit nk topup sendiri.. hehehehhe..
jom join...!!


just clik .. 


untuk maklumat lanjut... semoga bernasib baik semu.. ~~ ^^

Salam Rejab

Sangat pantas masa berlalu..hari ini 22 mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433 hijrah.
maknanya kurang dari 2 bulan lagi sebelum sama2 kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Bulan Rejab dan Sya'ban adalah bulan dimana sebagai latihan untuk kita sebelum sampai ramadhan..seperti disunatkan berpuasa pada bulan Rejab dan Sya'ban dan disertakan bersama dengan ganjaran yang hebat dari Allah..




harapan hanyalah satu..iatu semoga dipertemukan dengan Ramadhan,bulan yang penuh dengan kemuliaan.." yaAllah..panjangkan umurku untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini..semoga aku mampu untuk menyempurnakan Ramadahan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.. amin.."
sama2 kita perbaiki diri,segala kekurangan,kelemahan,kekhilafan.. !!







#rindu dan teringat dekat arwah Pok Ngah aku.. y selalu ingatkan bila masa masuk bulan Rejab,Sya'ban.. dan dia mampu untuk berpuasa 3bulan berturut( Rejab,Sya'ban,Ramadhan).. dah hampir 5tahun dia tiada..al-fatihah untuknya.. :-(

NAK CARI KERJA???

UNTUK YANG TENGAH MENCARI PEKERJAAN, BOLEH CUBA CARI DEKAT SAYS NI...  HERE




Find a job and win RM500: Holy moly shmoly! We pay you RM500 when you’ve found a job through JobsCentral. All you need to do is to land that dream job, and then RSVP us here. Terms apply.

SAYS is giving out prizes everyday for 30 days!

SAYS is giving out prizes everyday for 30 days!: SAYS is celebrating its 4th Anniversary and giving out awesome prizes everyday for 30 days! Get yours now!


SAPE YANG NAK HADIAH BOLEH LA MELAWAT SAYS TU..~~!!! gud luck!!!

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2,teacher,ustazah di seluruh dunia..
dan secara khususnya, nak ucapkan selamat hari guru untuk cikgu2 yang telah mengajar,mendidik aku.. cikgu2 dari tadika(tadika kemas keluang 96-98)..ustazah yang ajar iqra',al-quran, cikgu2 sekolah rendah(SKKB, batch 98-03), sekolah menengah(SMAM batch 04-08), dan pensyarah2(unisza 09-12).. segala jasa2 kalian semua akan dikenang.. masih ingat lagi semua cikgu2 nie.. semoga kalian semua dirahmati Allah dunia dan akhirat, diberi kesihatan, dimurahkan rezeki dan panjang umur.. dan juga, moga2 segala ilmu y dicurahkan mendapat balasan pahala n keredhaan dariNya..
bukan hanya cikgu2 yang mengajar kita kat sekolah..tapi, mak n ayah kita juga adalah cikgu kan?? mereka yang mula2 mengajar kita..w/pun tanpa pendidikan formal,tp mereka juga layak digelar guru.. guru yang paling berjasa dan tidak dapat ditukar ganti...
sama juga dgn cikgu y dluar sek,contoh cikgu yang mengjar jahitan,masakan, memandu..semua tu tetap cikgu,guru,pendidik bagi aku..!!

Terima Kasih untuk semua yang telah mendidikku dari lahir sehingga kini..!!!
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"



Sunday, May 13, 2012

Dr Jin - Trailer

  
where Kim Jaejoong Fans?????? 
here my our oppa...~~!!!


Dr.Jin trailer/teaser..  debakk...~~!!! 2 pelakon utama tu aku minat.. Song Seung Hun and Kim Jae Joong...hihihi.. coming soon on MBC 26/5 ... Plot citer,sinopsis, nnti aku citer len kali... x call lagi Jaejoong nk tanya details.. just tahu secara umum, citer dia back to Joseon .. dari abad 21 (now), back to 300years ago (Joseon time).. mcm Rooftop Prince, dari 300years ago, datang ke abad skrang.. (pandai Yoochun n Jaejoong plih drama,2,2 trtukar zaman.. i bet,mesti ada fanmade nnti.. ^^)..  







#gnie jelah keje aku cuti nie.. mula2 cuti, dimulakan dengan Rooftop Prince, n now RP 24hb ni tamat, pas2 sambung dengan Dr Jin 26hb/5.. oooo...xde rehat..

Friday, May 11, 2012

I Don't Like Love - Kim Junsu

Rape Reply Button again..and again and again..~~!!!!!!!!!!!!!!
Kim Junsu..Xiah Junsu..Xia Junsu or wateverrr...
the best singer for me...





I don't Like Love by Kim Junsu~!!!!

Lyric Translate:

Like my tangled up hair, the inside of my heart is becoming a mess
These days, living doesn't really seem like living
I just miss you

I don't know what was so great or hard about love and a girl like you
What to do with these sad memories that I keep thinking of or this sleepless night?

The one and only love that I want
And the love that I want to throw away
I don't like this love that I can't have but I can't throw away


My mouth, my two eyes and my face expression from
The laughter that came out whenever I saw you - I don't remember
The stranger's face in the mirror is me

We shouldn't have known each other
We didn't know that this is pain back then
What to do with my long day filled with your voice in my ears?

* Repeat

My love, my love that I want to forget, my love that I want to remember
I don't know - I don't like it, I really don't like love anymore

I don't like this love that I can't have but I can't throw away
I don't like love anymore



untuk download mp3.. here mediafire link


CR : JYJ Official FB


#kalau malas nk buka link,nak download, dengar je..aku letak kat blog nie.. hehehee.. Rooftop Prince jadi lebih sempurna dengan suara Junsu.. oh, i'm over???  bored? Rooftop Prince again..JYJ again?? who care.. this is my blog..~~!! >__<

Thursday, May 10, 2012

Crazy Again ~

this is Yong Tae Yong ~~!!!











video credit to 6002sky  (i just print screen)





# Rooftop Prince da best KDrama i ever watched~~!!!! really2 debak!!! (smpaikan mak/ayah kawan2 aku pun duk layan sekali..over dari anak2.. why?? uncle2 n aunty2 tu ckp,drama ni lain dari yang lain,n ofkos la best!!!)

p/s- yang malas nak download, boleh tgk kat astro saluran 333.. hari isnin&selasa jam 9malam..tp skrang dah episode 8 kot kat tv tu..kena tengok dari awal baru best..sape2 nak,sila la dtg copy nga aku.. *bukan promote..tp just maklumkan..kekeke*

Tuesday, May 8, 2012

Hukum Sambut Hari Ibu

Seperti yang semua maklum, Hari Ibu disambut pada bulan mei,minggu ke2.
tapi,ramai y kurang tahu,kurang faham atau keliru mengenai hukum menyambut hari ibu dan sejarah hari ibu.... 
di bawah ada beberapa pandangan y aku kumpul2:

_____

Hari Ibu (Mother’s Day) merupakan perayaan yang seringkali disambut oleh kita pada setiap tahun, sedar atau tidak pada setiap tahun,setiap negara di dunia ini tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Ibu sekali dalam setahun, terdapat pelbagai tarikh-tarikh hari ibu di pelusuk dunia ini, di negara yang kita duduki ini(Mesir) Hari Ibu  jatuh kepada setiap 21 Mac pada setiap tahun, manakala di Malaysia Hari Ibu jatuh  pada hari Ahad yang kedua di bulan Mei pada setiap tahun, yang jatuh pada 8 Mei 2011 tahun ini. Sambutan hari ibu pada tarikh ini merupakan tarikh yang digunapakai oleh kebanyakan negara-negara.. 

sejarah dan asal usul perayaan Hari Ibu ini.

          Asal perayaan Hari Ibu merupakan perayaan yang meraikan Tuhan Ibu atau Ibu Dewi yang dipercayai merupakan tuhan kepada beberapa bangsa-bangsa kuno terdahulu seperti, bangsa Rom Kuno dan Yunani purba. Dewasa ini, perayaan sekali setahun ini, telah berevolusi menjadi suatu perayaan yang meraikan ibu-ibu yang melahirkan kita kedunia. Terdapat banyak tokoh pencetus kepada “Hari Ibu Moden” seperti  Julia Ward Howe yang merupakan negarawati Amerika yang terkemuka yang juga merupakan sosialis dan komposer kepada beberapa syair-syair serta bahan penulisan di Amerika. Beliau menjadikan 8 Mac sebagai Hari Ibu bagi menghargai kaum Ibu yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi dunia.

Selain itu, seorang lagi pengasas bagi hari ibu ialah, Anna Jarvis, beliau mengasaskanHari Ibu, dua tahun selepas kematian ibunya, yang merupakan pengasas kepada Kelab Ibu Berkerja di beberapa bandar di United States, Anna Jarvis telah mengadakan kempen mengadakan “Hari Ibu” dan menjadikan hari ibu sebagai hari cuti yang diakui, beliau telah mengasaskan Hari Ibu pada minggu kedua di bulan Mei.

Apa pandangan Islam tentang Hari ibu?

Terdapat pelbagai pandangan para ulama’ dalam menyambut hari Ibu ini, seperti, HARAMMAKRUHdan HARUS.Kepelbagaian dalam pandangan para ulama’ ini, adalah disebabkan perbezaan titik pandangan individu berdasarkan KEADAAN SETEMPAT.

Menurut pandangan Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, hukum menyambut Hari Ibu adalah HARAM. Berdasarkan pandangan beliau beliau menyatakan bahawa perayaan dalam Islam hanyalah Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha dan Hari Penekanan iaitu hari Jumaat, oleh itu perayaan selain daripada tiga ini adalah bid’ah berdasarkan hadis rasulullahsallalahualaihiwassalam:

“Barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (bagian) darinya maka hal itu tertolak.” (HR. Bukhari Muslim)

Dan
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang tidak kami perintahkan, maka hal itu tertolak.” (HR. Muslim)

Dan tambah beliau lagi, kita harus berbangga dengan agama kita yang telah disempurnakan oleh Allah yang maha Esa, dan menurutnya lagi Ibu lebih berhak dimuliakan daripada hanya dikhususkan kepada sehari sahaja dalam setahun.

       Pada pandangan yang lain, hukum menyambut hari ini adalah HARUS, berdasarkan hadis  Rasulullah sallalahualaihiwassalam, 

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya”. (Muttafaqun Alaih)

Berdasakan hadis di atas, amalan yang tidak berdasarkan semata-mata kerana Allah tidak akan mendapat ganjaran pahala, dari apa yang kita niatkan itulah hasilnya, begitu juga dengan perayaan Hari Ibu ini, jika didasari dengan niat untuk memuja selain Allah yang Esa maka itu adalah kekafiran yang nyata. Di Malaysia, Hari Ibu disambut adalah bertepatan dangan hadis Rasulullah sallalahualaihiwassalam :

Telah bersabda Rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian  siapa? Berkata Rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata Rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu” (Muttafaqun Alaih)

Dan firman Allah:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”. [ Al-Isra’: 23]

Serta,
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan”. [Al-Ankabut: 8]

Berdasarkan hadis rasulullah sallalahualaihiwassalam  dan firman Allah maka menyambut Hari Ibu, secara tidak langsung dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang sebenarnya. Memandangkan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka Hari Ibu merupakan antara cara yang baik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaa
    • Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT. 
    • Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT. 
    • Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat kepada Allah SWT.

Kesimpulannya

Kesimpulanya dari sudut pandang penulis sendiri, menggembirakan ibu dengan cara meraikan Hari Ibu adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam, manakala menyambut Hari Ibu untuk memuja selain Allah yang Esa adalah kekufuran yang nyata. Maka tidak salahlah bagi kita untuk menggembirakan ibu kita dihari ini dan jangan pula dilupakan ibu kita perlu sentiasa kita hargai sepanjang masa. Jangan lupa hubungi ibu yang berada di mana sahaja mereka berada, dan jangan dilupakan ayah yang dihormati, Selamat Menyambut Hari Ibu.

_______________________

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).
(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .
3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.
4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:
1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan  yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.
5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:
“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”
6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:
Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.
7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:
Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”
8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:
1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.(Sumber: UBM)
-  KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR -
SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.
2. Sambutan yang baik  adalah dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.
123. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.
4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.
5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.
6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.
7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.
8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.
9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.
10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.
PENUTUP.
Harus diingat, mengamal  dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran
kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan  semoga dengan adanya garis panduan
seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutanHariBapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.
Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

________________
Ustaz Azhar Idrus:

-Menyambut Mother Day adalah haram

-Hari Ibu ialah Hari Mother Church / Ibu Gereja Kristian. Siapa nk smbut, 
silakan. Siapa takut rosak akidah, jgn smbut.

nak tahu lebih lanjut, boleh tengok SINI




__________________________


jangan pula ada y mempersoalkan,kenapa boleh jadi khilaf,mcm2 pendapat.
punca ulama mempunyai pandangan yang berbeza2 pun di sebabkan dalam islam, untuk menentukan hukum, kita mempunyai beberapa kaedah feqah seperti:
1-al-umur bi maqosidiha(segalanya bergantung pada niat), 
2- al-yaqin la' yuzalu bi syak (yakin tidak blh dhilangkn dgn syak)
3- al-dhororu yuzalu ( kemudharatan wajib dihapuskan)
4- al-masyaqoh tajlibu al-taisir (kesukaran mmbwa ksenangan)
5- al-adat muhakammah ( hukum adat)
jadi,,setiap ulama yang mengeluarkan hukum tu,ad sebab tersendiri y mana mengambil kira semua aspek, seperti keadaan semasa,adat setempat tanpa bercanggah dengan al-quran wa sunnah dan bukan perkara yang melibatkan aqidah..

jadinya, terpulang lah pada diri masing2.. untuk mengingati ibu,untuk meraikan ibu, untuk menghadiahkan ibu sesuatu,untuk bersama ibu, tidak perlu mengkhususkan apa2 hari, setiap hari pun boleh.. tapi,segalanya bergantung pada diri sendiri la.. guna aqal, tanya iman.. ^__^

Monday, May 7, 2012

None Other Than you~~!!

change my BGM blog ------> None Other Than You by Jang Jae In..
becausee?????




just because..











this...


















TRANS : Ah~ I've been listening to music recently and I'm loving Jang Jae In's 'No Other Than You' ♪^^ ~ah~~

Sunday, May 6, 2012

entry perasan tapi ikhlas ^^

now, aku jadi perasan y amat.. hahaha..
perasan y si MKYC tu tiru aku.. >__________<

aku memang suka guna sign ni --> ( ~~~!! , ~~~ , ^^ , )
kat facebook,twitter..nak chat2..

sign ~~ tu, nk bgtahu org y kita ni tengah brckp dengan nada y polite n lembut je..santai..
n then sign ~~!!!, as penegasan..tp still dengan kasih sayang.. contoh aku ckp, "i love you~~!!!!! " tapi kalau nk marah n xde kasih sayang,just nk tegaskan, mmg aku letak  !!!!!!!!! ni banyak.. haha
kalau ^^ tu semua guna kot.. symbol senyuman.. ^___^
n kalau sedih,kecewa,merajuk ke .. >__<  =______=  +____+
tapi ramai je kan y guna symbol2 tu..

just disininya, aku nak perasann...why??
sebab sejak aku 24jam (xde lah 24jam sgt), ngadap twitter, selalu la gak tweet2 dia tu..(6002theMicky),mention..n reply tweet dia..agak banyak la,kalu dulu aku masuk n mention dia sebulan sekali je.. (kdg2 xde lgsung),sbb tahu aku tweet banyak mana pun dia xkan balas..but now,rasa rajin plak,sebab yakin dia akan baca.bila tgk fanmeeting JYJ ari tu..ada fans tanya,adakah dorang ni baca tweet fans, n dorang cakap, ya, setiap hari dorang akan spend masa untuk baca tweet dari fans,wlaupun xleh balas.. giler kau nk balas, beratus ribu tweet..xkan nk balas kat 10,20 org je.. mesti y len2 akan jeles..so,xpayah balas jelah.. n y buat aku yakin dorang betul2 baca adalah, bila Jaejoong teraccident follow sorang fan tu.fan tu tweet kat dia pic Yunho nanges kat concert ari tu.. maybe excited nk tgk pic tu,or sedih gak, dats why trtekan follow.. hahaaha..kantoiii tgk gmbr yunho.. miss him uh?? lalaalalaalala
okey..stopp..pnjang citer...
dan bila aku tweet dorang tu, (banyak aku tweet my 6002 la kan.. 1215xiahtic n mjjeje not really,kecuali time dorang on9) aku mmg suka guna symbol2 atas tu. (xde lah setiap tweet,brgantung pada ayat..)
n then sejak 2 mejak tu, aku tgk 6002 pun selalu guna symbol ~~~ tu.. haha.. n y paling aku perasan ari ni bila tgk dia guna ~~!!! nie.. hahaha..  sblm2 ni dia banyak guna ^^ tu je.. masa dia guna ~~ saje, aku ok je lagi..perasan gak,tp xdelah gila2 perasan.. but now, rasa perasan giler.. hahahahaha..

tu je nk luahkan..jgn anggap ni serius la.. mesti ad y nk bash aku ke,mengata ak perasan..n mesti ckp "alah..mcm dia sorang.. berjuta2 lagi y suka guna symbol tu".. yup..ramai la y gunanya.. dats why ak ckp awal2, dun't take this serious. aku just nk perasankan diri n happy2 je.. just untuk suka2.. hiburan duniawi semata2, n hiburan diri sendiri.. ^_____________^

nampak x?? hehe..  ~~!!! ^^






BONUS










































y Jaejoong "teraccident" follow fan y tweet pic yunho kat dia.. YJ <3 

Thursday, May 3, 2012

pindah rumah ~~ TweetLand

mau pindah ketempat y lbh best


now, kalau on9, memang aku suka lepak kat twitter dah..
fb mcm dh suam2 kuku..masuk je,tp just untuk check2 ape y patot.
kalau nk chat2 nga kekawan,kat twitter la..
lagipun geng2 y selalu sembang kat fb tu,semua dh brpidah ke twitter..lama dah..just aku je y xnak p..setia kat fb,y makin lama makin mengarut n bosan.. dulu jarang2 masuk twitter..kalau masuk pun,sebb our boys tweet,(tu pun sejam kemudian)..
but now...dh nk menetap kat sana jelah...(fb jadi rumah no4) hahaha..
rasa lebih matang duk kat twitter..nk meluahkan rasa pun, best kat sana..
plus, dapat news(brite luar,dunia,malaysia, hiburan,jenayah,politik,sukan) adalah lbh cepat..sebab dorang main retweet and ada trending..so,kita tahu apa y berlaku kat setiap negara/worldwide.
#dan jugak aku rasa mcm rapat je nga my boys 3..hihi

so..untk kekawan,cassiefamily, kalau xjumpa aku kat facebook tu, sila cari  kat twitter.... ^___^

comel je burung twitter ni

Tuesday, May 1, 2012

happy holiday~~!! Labour Day..

1 Mei = Hari Pekerja/ Hari Buruh/ Labour Day..
dimana setiap buruh bercuti hari ni..
1st time aku dengar Hari Buruh ni, masa darjah 3, cikgu Bi ak ckp..
n masa tu jugak aku just imagine buruh ni adalah buruh binaan y buat2 rumah tu.
sebab sblm tu,y ak tahu buruh adalah orang y kerja buat bangunan2 tu je.
so..for me, buruh2 tu jelah y cuti.. ^^
bila dah makin besar n belajar sana sini.baca buku2..so..baru tahu..
setiap pekerja adalah buruh.. kita semua adalah buruh nya..


wat's labour day?


"Labour Day or Labor Day is an annual holiday to celebrate the economic and social achievements of workers. Labour Day has its origins in the labour unionmovement, specifically the eight-hour day movement, which advocated eight hours for work, eight hours for recreation, and eight hours for rest."


Tarikh Labour Day di setiap negara adalah berlainan.. kalau kat Malaysia, mmg dah ditetapkan 1 Mei .. kalau nak tengok tarikh2 Labour Day bagi negara2 lain, boleh jenguk HERE


so..selamat bercuti la untuk semua para pekerja.. untuk ayah,kakak2 aku.. n untuk mak?? ada x hari surirumah???dimana semua para surirumah boleh bercuti..hehehe.. tp surirumah tu kerja y paling ikhlas di dunia..kalau ada cuti sekalipun, tengok jelah,berapa orang je y betul2 cuti.. okey..nak kerja surirumah gakk..~~!!! >________<


Labour Day
pinjam yea google oppa~~!! ^^



***************************************************************************************


sejak aku cuti panjang ni..(dah 2 bulan kot jdi penganggur terhormat), disebabkan dh xp sekolah,xde jadual, kerja pun x.. so,segala hari,tarikh mcm lupa je.. kalau ingat pun, blur.. 
macam hari cuti ni..aku rasa aku xpernah lupa kot hari pekerja 1 mei sblm ni.. (yelah kan,sebb excited nk cuti),tp skrang mmg xingat apa2.. tgk kat twitter, dorang ckp yeaaa...esok cuti.. ak duk pkir2 gak cuti apela esok.. ingatkan ad hari pertabalan,keputeraan sultan ke apa.. wat xtahu jelah.. n petang smlm aku tanya adik aku y darjah 5 tu cuti apa ari ni.. best je dia jwab.. "cuti HARI WESAK" !!!!! okey..ak pun percaya dan terus berlalu..mmg xpkir dah la.. last2, tengok status kwan2 ckp Labour Day~~!!!!!!!!!!  =_______=
































my jung yunho, saranghae~~!!!! (xde kena mengena nga entry.. ) ^____^




Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC). Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini. Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sek...