Thursday, May 13, 2010

LUPA..LUPA..LUPA..

Bismillahirrahmanirahim..
Salam semua..salam 1 Malaysia..
  Asalnya entry kali ni bukan tajuk ni aku nak tulis...but ari ni aku pun xtahu kenapa dengan aku, LUPA password nak login blog nie..hu3..padahal semalam baru buka..nak kata sibuk banyk benda nak buat xjuga,sibuk mend.load je lah.. yang heran kalau sekalu xpe jugak,ni 2 kali dalam masa xsampai 24jam.. tadi petang dalam pukul4.30,nk masuk blog xboleh,trpaksa buat lagi..pas2 mlam ni pun xingat jugak..xtahu la maybe masalah sistem ke..he2...salahkan sistem pulak..jadi alang2 tu aku nak kongsi petua supaya dikuatkan ingatan..aku search dalam internet jelah nie..as pedoman for me gak lah..

Biasanya kalau untuk menguatkan ingatan,makanan lah yang memainkan peranan penting,kat bawah ni antara makanan yang mampu menguatkan daya ingtan..tapi segalanya dengan izin Allah,kita hanya mampu berusaha.


MADU LEBAH
madu lebah ni mmg popular yang mana dikenali sebagai makanan yang mampu menguatkan ingtan, sejak zaman Rasulullah lagi, dan terdapat banyak hadis2 Rasulullah yang menggalakkan kita minum madu,antaranya ialah  Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”..







HALIA
yang ni actually aku pun baru tahu halia dapat bantu kuatkan ingtan jugak..apa rasionalnya juga aku xpasti kenapa halia ni termasuk jugak. apa yang aku tahu halia mengandungi banyak antioksidan.kalau ada sape2 tahu sebab musabab dia boleh la share2..sharing is caring kan..ha3.. kepada yang xkenal halia,ni dia gambar halia ye..digunakan juga dlam masakan,buat masak ayam halia pun best jugak..


BUAH BADAM
buah  badam ni pun termasuk dalam kekacang kan??jenis2 kekacang ni pun boleh kuatkan ingtan. buah badam jugak boleh jugak mencatikkan kulit..hmm..yeke..






SUSU
seterusnya susu..ini juga adalah sunnah Rasulullah,yang mana susu merupakan minuman kegemaran Rasulullah.sesungguhnya apa jua kegemaran dan sunnah dari rasulullah ada hikmahnya dan patut kita turuti.









AIR ZAM ZAM
air zam zam ni ibarat raja segala air,air yang bermukjizat lagi suci, tidak pernah kering, begitu hebat kuasa Allah. Ini buka hanya cakap kosong,tapi ujian saintifik juga dah membuktikannya. Bukan sekadar untuk menguatkan ingatan,tapi boleh juga membantu menyihatkan tubuh juga mengkabulkan hajat seseorang. ini terdapat dalam hadis Rasulullah "Air Zam Zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminum"..



KISMIS
kismis juga tidak boleh dinafikan. inilah makanan yang paling popular menjelang peperiksaan,hantar rumah ustaz la untuk baca2..juga khasiat kismis seperti hadis Rasulullah,Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian” kesimpulannya kismis mampu menghilangkan pelbagai penyakit dan menyihatkan tubuh disamping menguatkan daya ingatan.



KURMA
kurma juga sama dan khasiatnya lebih kurang dengan kismis..walaupun bukan bulan puasa,sepatutnya kismis perlu ada sentiasa dirumah dan menjadi makanan kita. aku ada terbaca hadis nabi yang mana Rasulullah bersabda “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.




 IKAN TUNA
kalau tuna ni aku kurang arif.yang aku tahu tuna kaya dengan omega,sama dengan telur. tapi serius betul,ni first time aku tengok ikan tuna yang asli.ha3..sebelum ni tengok yang dalam tin jadi sardin tu je..






TEMPE
inilah dia makanan kegemaran aku.mula belajar makan temper baru je,awal tahun ni,tiba2 kat kafe kampus jual lauk tempe..mma aku suka,dia berasaskan soya..best..rupanya boleh ingatkan daya ingatan.. erk..tapi aku...he3





AIR SOYA
ini pun aku suka..adik beradik tempe..ibu dia kacang soya..ni dia khasiat soya..Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.



Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan.Selain itu tidur yang cukup juga penting untuk merehatkan minda kita..

Tapi apa yang paling penting ialah mengingati Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Berdoa juga penting agar Allah menajamkan fikiran kita terutamanya dalam menuntut ilmu Allah.. Dibawah ni adalah zikir yang boleh diamalkan untuk menguatkan ingatan:

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.

2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari

Wallahualam..segalanya bergantung pada Allah...yan pentinh kita berusaha dan ikhtiar juga berdoa..

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...