Monday, May 31, 2010

HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN



Assalamualaikum..
sebenarnya xde apa nak tulis.. tajuk entry pun dah cukup untuk memberitahu.. saje, sebenarnya kata2 ni mmg dah jadi trademark aku.. walau apa yang berlaku baik atau buruk, gembira atau sedih semuanya dari Allah dan ada hikmahnya yang tersembunyi..ada hikmah yang terus kita dapat atau fukir, ada juga hikmah yang lambat untuk kita perolehi dan kita laluinya..ada juga hikmah yang datang tanpa kita sedari.. Allah sentiasa memberikan apa yang terbaik untuk umatnya.. orang yang diberi ujian oleh Allah,itu tandanya Allah sayang padanya.. Allah masih ingat padanya. Adat manusia, biasa lah,bila ditimpa musibah atau kegagalan baru nak ingat pada yang Maha Pencipta ini.. bukan sebelum ini tidak ingat..tp masa untuk beribadat padaNya agak terbatas..kurang memohon dariNya.. tp bersyukur la,kita masih diberi peluang oleh Allah,kita sedar kesilapan kita, kita tahu kelemahan kita berbanding dengan yang tidak ingat pada Allah..walaupun diberi kesusahan..mereka ini adalah orang2 yang hati sudah tertutup dan hitam legam.. begitu juga dengan yang mendapat kesenangan,tp tidak mahu bersyukur pada Allah..itu kita panggil istidraj.. kesenangan yang Allah berikan pada seseorang untuk mnambahkan lagi kesesatan mereka. Seperti Qarun yang angkuh,akhirnya Allah mnenggelamkan hartanya.. jadi,jadilah kita sebagai orang yang bersyukur.. walaupun ditimpa kesusahan atau kegagalan, teruskan berusaha dan berdoa, percayalah pada Allah.. Dia sudah mengaturkan apa yang terbaik untuk kita.. percayalah juga setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Actually aku just ingin menguatkan diri aku sendiri,mmberi pndorong buat aku sendiri mghadapi segala dugaan yang Allah berikan.. sama2 la kita renungkan dan jangan mudah berputus asa... bittaufiq wa najah.. fighting!! gambate!! chaiyok!!.........jom layan lirik n lagu rahmat ujian dari mestica.. layannnnnnnnnnnn......
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu 

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...